CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4219|Reply: 0

Terkesima keindahan dan keseronokan di Batam, ini 10 lokasi, aktiviti menarik anda wajib tahu

[Copy link]
Post time 13-3-2025 12:45 PM | Show all posts |Read mode

DI SEBALIK kemajuannya yang terkenal sebagai hab perniagaan dan industri, Batam di Indonesia sebenarnya memiliki kekayaan alam semula jadi yang begitu indah serta pelbagai lokasi yang menarik kedatangan pelancong dari serata dunia.

Pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini pastinya akan terpukau menyaksikan sendiri keindahan panorama laut yang terbentang luas serta gugusan pulau-pulau kecil yang mengelilingi daratannya.

Selain banyak destinasi menarik yang boleh dikunjungi seperti resort mewah, Batam juga menawarkan pelbagai aktiviti luar yang mencabar sehingga ke tempat menjamu selera terutamanya makanan laut segar dan terkenal.

Komited merealisasikan impian percutian anda, syarikat penerbangan Batik Air kini membuka laluan penerbangan ke Batam dengan perjalanan hanya sejam dari Malaysia.

Dengan lebih 60 destinasi di lebih 20 negara, Batik Air memastikan pengalaman perjalanan yang selesa, lancar dan menyenangkan buat semua pengembara.

Bagi anda yang sedang merancang percutian singkat ke Batam, ketahui 10 destinasi dan aktiviti menarik untuk diterokai sepanjang berada di sini.


1. Jambatan Barelang

Menjadi lokasi paling ikonik di Batam, Jambatan Barelang adalah tempat wajib untuk mereka yang menginginkan foto dengan latar belakang pemandangan lautan indah dan menakjubkan.

Mercu tanda yang menghubung beberapa pulau di Batam ini juga merupakan tumpuan pengunjung untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam menjelang waktu senja.

2. Sukan air

Keadaan muka bumi Batam yang dikelilingi laut dan pulau-pulau kecil menyebabkan perairannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan seperti jet ski, banana boat, snorkeling, parasailing dan wakeboarding.

Aktiviti yang sangat mengujakan ini tersedia di kebanyakan lokasi tarikan pelancong, antaranya ialah Pantai Nongsa, Pulau Abang, Pulau Bintan dan Kepri Coral Resort.

3. Lawatan pulau-pulau (island hopping)

Bagi mereka yang gemar menjelajah pulau-pulau berdekatan, Pulau Pengalap dan Pulau Putri yang hanya boleh dikunjungi dengan perjalanan bot yang singkat turut menawarkan kejernihan dan ketenangan pantai.

Jadi tidak hairanlah pengendali pelancongan tempatan menawarkan pakej lawatan selama sehari yang merangkumi pengangkutan, makanan dan aktiviti berpandu kerana ia memberi suatu pengalaman unik kepada pengunjung.


4. Ocarina Theme Park

Selain keindahan pantai, Batam turut memiliki destinasi percutian mesra keluarga iaitu Ocarina Theme Park yang menyediakan pelbagai jenis permainan sesuai untuk semua peringkat usia seperti roda gergasi, roller coaster, gelongsor air dan go-kart.

Berkeluasan 40 hektar, taman tema ini juga mempunyai kawasan yang dikenali sebagai Kampung Seni yang mempamerkan pertunjukan seni budaya yang menggambarkan kekayaan warisan budaya Indonesia khususnya Batam.


5. ATV ride

Peminat sukan ekstrem pastinya tidak senang duduk apabila mengetahui Batam turut mempunyai fasiliti kenderaan jenis ATV (ATV ride) di laluan off-road yang mencabar seperti jalan berbatu, tanah berpasir serta hutan.

Antara lokasi terkenal yang menawarkan pengalaman menyeronokkan ini kepada pengunjung adalah Nongsa ATV Adventure, Sekupang ATV Ride dan Batam ATV Adventure Park.

6. Aktiviti ‘team building’

Selain pelancongan, Batam juga merupakan destinasi terbaik untuk melakukan aktiviti team building kerana ketersediaan kemudahan seperti resort, hotel dan ruang sesuai untuk melakukan aktiviti luar termasuk ATV, paintball, rafting, mendaki bukit dan sukan pantai yang dapat memupuk nilai kerjasama serta semangat berpasukan.

Antara lokasi yang sering menjadi pilihan ramai bagi aktiviti team building ini adalah Montigo Nongsa Resort, Batam View Beach Resort, Turi Beach Resort, Nongsa Point Marina and Resort dan Panrita Adventure Batam.

7. Bukit Clara

Sekiranya sudah menjejakkan kaki ke Batam, tidak lengkap rasanya jika tidak melawat Bukit Clara yang menjadi ‘spot’ terbaik untuk bergambar sambil menikmati pemandangan Kota Batam dari aras tinggi.

Malah, di sini juga menjadi lokasi orang ramai sering mengambil gambar berlatar belakangkan tulisan ‘Welcome to Batam’ atau ‘Selamat Datang ke Batam’. Bukan sekadar itu, para pengunjung juga dapat menikmati hidangan yang menyelerakan di gerai makanan yang tersedia di pinggir bukit.

8. Membeli-belah

Apalah erti melancong sekiranya tidak membeli-belah pelbagai barangan terutamanya cenderahati daripada Batam, apatah lagi pulau ini terkenal sebagai Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas (Zon Bebas Cukai).

Daripada pusat membeli-belah moden hingga ke pasar menjual kraftangan tempatan yang meriah, tidak dinafikan Batam layak digelar syurga beli-belah dalam kalangan pelancong asing.

Antara lokasi membeli-belah yang mempunyai daya tarikan tersendiri adalah Nagoya Hill Shopping Centre, Batam City Square dan Mega Mall Batam Centre.


9. Montigo Resort

Selepas melalui segala keseronokan, luangkan masa yang berbaki untuk memanjakan diri dan berehat di spa mewah yang terletak di Montigo Resort.

Resort ini bukan sahaja menawarkan pengalaman urutan tradisional Indonesia, malah ia juga menyediakan percutian kesihatan lengkap merangkumi sesi yoga, meditasi dan pilihan makan yang sihat untuk mengecas semula minda dan badan anda.

10. Lapangan golf

Buat penggemar sukan golf, Batam memiliki lapangan golf yang berkualiti tinggi setanding standard antarabangsa seperti Sukajadi Club House, Tamarin Santana Golf Club dan Palm Springs Golf and Country Club.

Bukan itu sahaja, kelab golf di Batam turut menawarkan suasana lebih santai dan tenang untuk pengunjung bermain golf sambil menikmati udara segar dan keindahan alam.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list