View: 15833|Reply: 0
|
[LAIN-LAIN]
[NETFLIX] DOKUMENTARI 'WITH LOVE, MEGHAN'
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 22-5-2025 02:12 PM
KERABAT diraja British, Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry kini menayangkan dokumentari bersiri terbaharu Netflix, With Love, Meghan.
Rancangan tersebut menceritakan tentang suasana hubungan dan kehidupan beliau ketika ini. Penggambaran tersebut dijalakan di bahagian dapur dan taman di sebuah rumah agam yang disewa di Montecito, California, Amerika Syarikat.
Ia berbeza dengan genre dokumentari Netflix sebelum ini yang mengupas perpisahan mereka daripada kehidupan diraja.
Sebaliknya, banyak memaparkan plot penceritaan yang ceria bersama lagu-lagu positif pada setiap episod.
"Cinta ada dalam perincian, manjakan diri anda. Memberi makan kepada orang adalah 'bahasa cinta saya',” katanya.
Markle mendominasi setiap detik episod siri gaya hidup 33 minit itu dengan pelbagai jenis aktiviti seperti memasak, berkebun, bersantai dan menari.
Bahkan, turut mempamerkan proses menjaga lebah apabila terdapat slot Markle mengambil madu sambil menyarungkan sut perlindungan lebah.
“Suasana bagus untuk sarang lebah yang baik,” ujarnya dalam salah satu episod.
Selain itu, beliau turut mempamerkan produk makanan jenama baharunya sendiri apabila kelihatan jem raspberi di atas dapur dengan label on sale with keepsake packaging.
"Saya suka menjamu orang makan itu mungkin bahasa cinta saya," kata Markle sambil menunjukkan kemahiran memasaknya.
Bagaimanapun, dokumentari tersebut tidak menceritakan sebarang kisah yang merujuk kehidupan lamanya sebagai kerabat diraja.
Anak-anaknya Archie dan Lilibet juga tidak terlibat dalam dokumentari berkenaan dan pendedahan mengenai Putera Harry hanya sedikit ditayangkan.
With Love, Meghan, tiada cerita peribadi mendalam, selain kisah-kisah gembira dan bahagian sisi berbeza. — Agensi
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|