CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15497|Reply: 0

[Johor] Sebulan buat persiapan, kembar empat teruja masuk sekolah

[Copy link]
Post time 17-2-2025 08:56 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: "Alhamdulillah. Selepas membuat persiapan empat minggu, akhirnya kembar kami menjejaki darjah satu, hari ini," kata Sharisa Hussein, 38, ibu kepada kembar empat lelaki yang mendaftar hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 1, hari ini.

Arkitek itu berkata, bukan hanya kembarnya, pengalaman mendaftar masuk sekolah juga memberi kenangan indah buatnya dan tidak akan dilupakan.

Katanya, dia dan suami, Saifuddin Hilmi, 39, yang juga jurutera teknologi maklumat serta ibu mentua, Zainab Abdullah Harun, 60, bangun seawal 5 pagi bagi membuat persiapan untuk empat cahaya matanya termasuk menyediakan bekal makanan.

Katanya, kembar tidak seiras itu yang lahir pada 22 Oktober 2018 iaitu Firas; Noah; Farouq dan Naaz juga bersemangat untuk ke sekolah.

"Saya akui sangat teruja melihat anak melangkah ke alam persekolahan, walaupun sebelum ini saya hantar mereka ke tadika, namun perasaan itu tidak sama," katanya.

Menurutnya, antara cabaran anak kembar memasuki sekolah termasuk mempersiapkan barang sekolah yang banyak dan perlu dibuat lebih awal agar tidak kelam kabut.

"Kami ambil masa sebulan untuk menyediakan kelengkapan dan semua persiapan ini memakan kos RM2,000. Kembar kami akan pilih beg sekolah ikut citarasa masing-masing.

"Mereka tidak sabar untuk bersekolah, kerap bertanya bila mahu ke sekolah," katanya.

Menurutnya, dia juga akan meminta guru untuk mengasingkan anaknya kepada dua kelas supaya mereka akan lebih fokus dalam pembelajaran.

Sharisa berkata, keluarganya memberi tumpuan terhadap prestasi akademik kembar itu sejak tadika, malah dia dan suaminya akan bergilir-gilir meluangkan masa untuk memantau pendidikan anaknya.

"Kami juga dibantu dengan idea kreatif daripada ahli keluarga untuk menyediakan kuiz, sesi melukis dan sebagainya bagi memupuk minat dalam pelajaran.

"Kembar kami memiliki cita-cita berbeza... Firas mahu jadi doktor, Noah pula pakar arkeologi, Farouq (anggota bomba) dan Naaz (juruterbang).

"Sebagai ibu bapa kami akan memberi semangat dan dorongan kepada mereka mengikut minat masing-masing," katanya yang melatih anaknya supaya lebih berdisiplin dengan menyediakan jadual harian.


Disiarkan pada: Februari 17, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.410681 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list