CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Bailong mati selepas jadi hero

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode

BAILONG jadi hero menyelamatkan mangsa lemas, namun kuda putih itu mati beberapa hari selepas penyelamatan berkenaan.

Beijing: Keberanian kuda putih berusia tujuh tahun menyelamatkan lelaki hampir lemas bersama pemiliknya, menjadi buah mulut pengguna media sosial China yang mengagumi tindakan itu.

Namun, ia mengundang pilu apabila haiwan dinamakan Bailong yang bermaksud Naga Putih itu mati akibat penyakit, hanya beberapa hari selepas aksi beraninya.

Kematian Bailong bukan hanya diratapi pemilik, Yilibai yang berasal dari Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, bahkan warganet dan penduduk Xiantao, Wilayah Hubei.

Bahkan kerajaan turut bercadang membina patung kuda di tepi sungai sebagai memperingatinya.

Bailong sedang berlatih dengan pemiliknya di tebing sungai pada 4 Februari lalu apabila seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai dan hampir lemas.

Memetik SCMP, pemilik kuda itu, Yilibai kemudian segera menunggang Bailong dan membawanya ke dalam sungai bagi menyelamatkan mangsa.

Bailong yang tidak pernah masuk ke dalam air sebelum ini beraksi tanpa ragu apabila menerima arahan pemiliknya.

Namun, beberapa hari selepas insiden itu, Bailong demam dan lemah, malah kesihatannya bertambah buruk pada 10 Februari apabila dia berhenti makan dan tidak membuang najis.

Doktor haiwan yang dihantar pihak berkuasa tempatan mengesahkan Bailong mengalami usus tersumbat, masalah kesihatan biasa dihidapi kuda dengan kadar kematian akibat penyakit itu tinggi.

Meskipun diberikan rawatan untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan kekuatan, Bailong tidak dapat diselamatkan dan mati pada malam 11 Februari.

Yilibai yang sudah membela Bailong selama lebih setahun berkongsi kesedihan dan berkata, "Bailong dan saya sudah melalui banyak perkara bersama. Saya akan menangis setiap kali mendengar namanya."

Pemuda yang diselamatkan Bailong mengakui rasa bersalah atas kematian kuda putih terbabit, tetapi keluarga Yilibai menjelaskan kematian Bailong tidak berkaitan insiden penyelamatan.

Sebelum itu, pihak berkuasa menganugerahkan pengiktirafan khas kepada Yilibai yang bekerja di ekuestrian di Xiantao dan dua lagi individu atas usaha menyelamat mangsa lemas

Sementara itu dewan perniagaan Xinjiang yang tinggal di Xiantao sedang mendapatkan kuda putih lain untuk dihadiahkan kepada Yilibai.

"Bailong adalah wira sebenar! Semangatnya akan terus memberi inspirasi kepada kita," kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen menulis: "Bailong akan sentiasa dikenang."



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.047510 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list