CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

Lelaki meninggal dunia atas pokok durian

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:28 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan arwah dibawa turun daripada pokok durian dengan tali. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki meninggal dunia di atas pokok durian selepas memanjat pohon itu di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Kebun Durian Desa Telembung, daerah Kalipuro kelmarin.

Ketua Polis Kalipuro, AKP Satrio Wibowo berkata, lelaki bernama Fauzi itu menghembuskan nafas terakhir selepas memanjat pohon itu bersama rakannya.

“Ketika mereka berada di atas pohon, arwah mengadu sakit perut dan sesak nafas.

“Rakan arwah bergegas mengikatnya dengan tali agar tidak terjatuh daripada pokok setinggi  8 meter itu.

“Dia kemudian menjerit meminta pertolongan kepada penduduk setempat,” kata Satrio.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @banyuwangi_hitss memaparkan arwah diturunkan dengan menggunakan  tali.

“Arwah dibawa oleh ahli keluarganya ke rumah untuk dikebumikan,” tambahnya. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043485 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list