CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior

[Copy link]
Post time 15-2-2025 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Lima pelajar senior yang ditahan susulan kejadian buli. Foto Sumber daripada NDTV

KERALA - Lima pelajar tahun tiga Kolej Kejururawatan Awam, Kottayam, India telah ditahan berhubung video tular melibatkan perbuatan buli terhadap pelajar tahun satu.

Dalam video tersebut, pelajar-pelajar senior berkenaan dilihat ketawa dan membuat komen lucah ketika seorang pelajar junior diikat di katil.

Pelajar lelaki tahun satu itu juga diletakkan objek berat dipercayai dumbel pada alat kelamin, selain dicucuk dengan kompas.

Menurut laporan media NDTV, kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan, sementara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC) telah meminta laporan daripada polis negeri dalam tempoh 10 hari.

Tangkap layar video tular melibatkan kejadian buli membabitkan lima pelajar senior. Foto Sumber daripada NDTV

Lima pelajar tersebut telah ditangkap pada Khamis atas perbuatan kejam terhadap pelajar junior terbabit.

Pelajar yang ditangkap ialah Rahul Raj, 22; NS Jeeva, 18; NP Vivek, 21; Rigil Jeeth, 20 dan Samuel Johnson, 20.

Pelajar-pelajar junior lain mendakwa aktiviti buli itu telah berlanjutan selama hampir tiga bulan.

Polis berkata, aktiviti membuli itu bermula pada November tahun lalu, sejurus selepas pelajar tahun satu memulakan kelas mereka.

Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi R Bindu memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap tertuduh dalam kes buli Kottayam.

Beliau menekankan bahawa kerajaan telah mengarahkan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku menerima hukuman maksimum.

Bindu berkata, memandangkan kolej itu berada di bawah Universiti Sains Kesihatan Kerala, pihaknya mempunyai batas dalam campur tangan secara langsung berhubung kes tersebut.

Satu pasukan siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Kejururawatan akan menyiasat kes itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046298 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list