CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8764|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga emas didakwa buat persetubuhan luar tabii pada cucu tiri lelaki

[Copy link]
Post time 14-2-2025 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap cucu tiri lelakinya. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap cucu tiri lelaki berusia enam tahun tiga bulan.

Tertuduh berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tiga bulan.

Kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah rumah pada waktu pagi dari Januari hingga Februari 2025.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah juga disebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut tidak mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu, dia hanya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM1,000 dan tinggal bersama isteri.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya ada dan memberi kerjasama dengan polis sekiranya dipanggil.

Sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen, 19 Mac ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039623 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list