SEOUL: Korea Utara didakwa memusnahkan sebuah pusat yang selama beberapa dekad menjadi tempat pertemuan penuh emosi bagi keluarga yang terpisah akibat perang Korea dan pemisahan semenanjung itu.
Korea Utara hari ini mengutuk tindakan sedemikian dengan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
Pertemuan penuh emosi di Gunung Kumgang, Korea Utara menjadi bukti kemusnahan akibat pemisahan Semenanjung Korea.
Namun, pertemuan itu sering terikat dengan perbezaan politik antara Korea Utara dan Korea Selatan, sehingga sering digunakan sebagai alat rundingan oleh Pyongyang.
Kali terakhir pertemuan berlangsung di situ adalah pada 2018.
Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan menegaskan tindakan memusnahkan Pusat Pertemuan Gunung Kumgang adalah tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati atau meremehkan keinginan atau harapan yang sangat mendalam dan ikhlas daripada keluarga yang lama terpisah
"Korea Selatan dengan tegas mendesak agar tindakan sebegini dihentikan serta-merta dan sangat kecewa.
"Pemusnahan secara unilateral oleh Korea Utara tidak boleh dibiarkan dengan sebarang alasan.
"Pihak berkuasa Korea Utara mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas keadaan ini," katanya.
Sejak 1988, kira-kira 130,000 rakyat Korea selatan mendaftar sebagai keluarga terpisah.
Menurut data rasmi yang direkodkan pada tahun ini, kira-kira 36,000 daripada individu terbabit masih hidup.
Sekitar 75 peratus daripada mereka tidak tahu sama ada ahli keluarga mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Hanya sebilangan kecil yang bernasib baik untuk dipilih menyertai pertemuan rentas sempadan yang kebanyakan berlangsung di resort Gunung Kumgang.
|