CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14534|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 5 maut dalam nahas tiga kenderaan di Jempol

[Copy link]
Post time 13-2-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bahau-Rompin malam tadi.


JEMPOL – Lima maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 6, Jalan Bahau-Rompin, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 9.05 malam itu membabitkan sebuah kereta Perodua Axia, sebuah kereta Toyota Mark X dan sebuah pikap Ford Ranger.


Katanya, ketika kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang guru lelaki berusia 31 tahun tiba di lokasi kejadian, kereta Toyota Mark X yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun hilang kawalan dan memasuki bertentangan dan bertembung dengan Perodua Axia terbabit.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta Axia tersebut berpusing sebelum dirempuh oleh trak pikap Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari arah belakang.

“Guru tersebut memandu bersama tiga pelajarnya berusia 16, 18 dan 19 tahun dari arah Rompin menuju Bahau.

“Akibat kemalangan ini, pemandu kereta Axia bersama dua orang penumpang serta pemandu Toyota Mark X mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi penumpang belakang kereta Perodua Axia telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chang Hook berkata, pemandu pikap tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahayakan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list