Bangkok: Tentera Demokratik Karen Buddha (DKBA) memberi kata dua kepada warga China yang mengendalikan pusat penipuan dan perniagaan haram lain untuk meninggalkan semua kawasan di bawah kawalan mereka menjelang akhir bulan ini.
Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa menguatkuasakan tindakan keras terhadap penyeludupan bahan api ke Myanmar, ketika kumpulan itu cuba ingkar dengan larangan bekalan elektrik, petrol dan diesel dari Thailand.
DKBA mengeluarkan dua kenyataan pada Ahad.
Dalam pengumuman kedua, warga China yang mengusahakan tapak perjudian dalam talian haram, kasino atau restoran dan mereka yang berdagang secara haram atau menjalankan penipuan lain mesti meninggalkan bandar Phayathonezu di Kayin menjelang akhir Februari.
Sesiapa yang mengingkari amaran itu akan berdepan tindakan undang-undang.
DKBA juga akan meningkatkan rondaan dan mengambil langkah lain untuk menghalang warga China daripada memasuki kawasan di bawah kawalannya, kata Kol Saw A Wan.
Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas DKBA mengeluarkan kenyataan pada Ahad memaklumkan rakyatnya akan mengambil tindakan untuk membantu mereka.
Ia selepas Thailand memutuskan bekalan elektrik, petrol, diesel dan isyarat Internet ke Phayathonezu dan empat lokasi sempadan lain di Myanmar pada Rabu.
DBKA menekankan kepentingan mewujudkan kepercayaan terhadap kerajaan Thailand dengan harapan Bangkok akan menyambung semula kuasa dan meneruskan penghantaran bahan api.
Phayathonezu terletak bertentangan dengan Three Pagoda Pass di daerah Sangkhla Buri di wilayah Kanchanaburi.
Perbandaran dan kawasan jiran berada di bawah pengaruh DKBA.
Larangan penghantaran kuasa dan bahan api memasuki hari keenam pada Isnin.
Ia menjejaskan beberapa kawasan di Myanmar, meninggalkan bandar dalam kegelapan.
Bagaimanapun, lampu kelihatan di bangunan yang menempatkan pengendali penipuan dalam talian serta-merta bertentangan dengan sempadan Thailand yang mempunyai generator sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Sangkhla Buri Pol Kol Paithoon Sriwilai berkata pada Isnin seorang lelaki dikenali Samrit ditahan pada Ahad ketika cuba menyeludup 290 liter diesel ke Phayathonezu.
Trak pikap yang dipandu Samrit diarah berhenti untuk pemeriksaan sekali gus membongkar adanya diesel yang, disimpan dalam 10 kontena.
Suspek mengakui bahawa dia menyeludupnya untuk pelanggan di kawaaan perbandaran Myanmar, menurut polis.
|