CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17945|Reply: 0

GCC tegaskan sokongan teguh terhadap hak Palestin

[Copy link]
Post time 13-2-2025 06:55 AM | Show all posts |Read mode


DUBAI - Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menegaskan sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin, sambil menekankan keperluan rakyat Palestin untuk memperoleh hak sah mereka, termasuk semua wilayah yang diduduki, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setiausaha Agung GCC Jasem Albudaiwi, mengulangi pendirian tegas itu ketika berucap pada sesi dialog "Keadaan Dunia Arab" sempena Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 di Dubai.

Turut serta dalam sesi itu ialah Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit.

Albudaiwi menegaskan bahawa isu Palestin perlu diselesaikan selaras dengan resolusi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar menunaikan tanggungjawab mereka dalam menyokong rakyat Palestin dan menentang sebarang halangan terhadap hak mereka.

Beliau turut menekankan kepentingan usaha diplomasi dan penyelesaian secara aman bagi mencapai penyelesaian menyeluruh, termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka berasaskan sempadan Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta menangani hak pelarian mengikut Inisiatif Keamanan Arab dan resolusi antarabangsa berkaitan. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list