CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15277|Reply: 0

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kena tahanan rumah

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:07 AM | Show all posts |Read mode


Singapura: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran diletakkan dalam skim tahanan rumah pada Jumaat, empat bulan selepas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi, lapor media tempatan.

Iswaran, 62, dijatuhi hukuman pada 3 Oktober 2024, selepas mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang keadilan. Dia mula menjalani hukuman pada 7 Oktober 2024.

Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times (ST), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) menyatakan bahawa Iswaran telah dinilai sebagai sesuai untuk ditempatkan dalam skim itu, kerana beliau dianggap berisiko rendah untuk melakukan kesalahan semula, tidak melakukan sebarang kesalahan institusi di penjara, dan mempunyai sokongan keluarga yang kuat.

"Iswaran layak untuk skim tahanan rumah," kata jurucakap SPS.

SPS menjelaskan bahawa banduan yang layak dipertimbangkan untuk ditempatkan dalam skim tahanan di rumah selepas menjalani sekurang-kurangnya 14 hari atau separuh daripada hukuman mereka, bergantung kepada mana yang lebih lama, selepas mengambil kira pengurangan hukuman, lapor ST.

"Mereka dinilai untuk kesesuaian skim tahanan rumah, dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti kelakuan, kemajuan, dan tindak balas mereka terhadap pemulihan semasa pemenjaraan," tambah jurucakap itu.

Iswaran seperti semua banduan dalam skim tahanan rumah, akan menjalani baki hukuman di kediamannya di bawah syarat-syarat tertentu, termasuk pemantauan perintah berkurung menggunakan alat pemantauan elektronik, terlibat dalam pekerjaan, pembelajaran atau latihan, serta melapor diri kepada SPS untuk sesi kaunseling.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.044658 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list