CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20655|Reply: 0

Pesawat mendarat terbalik di pantai

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:59 PM | Show all posts |Read mode

Pesawat ringan terbalik di sebuah pantai di Banyuwangi, Indonesia. - Istimewa

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah pesawat ringan milik Akademi Aviasi Indonesia (API) terbalik di sebuah pantai selepas melakukan pendaratan cemas, lapor portal berita IDN Times kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di Pantai Gumuk Kantong,  Banyuwangi, wilayah Jawa Timur.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok menunjukkan pesawat jenis  Cessna 172S Skyhawk SP itu terapung dalam keadaan terbalik di atas permukaan air.

Penduduk tempatan bergegas mengeluarkan dua penumpang yang berada di dalamnya.

Ketua operasi agensi penyelamat tempatan, Didit Arie Ristandy berkata, pesawat itu terpaksa mendarat cemas selepas kehilangan kuasa akibat masalah enjin.

“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan. Mereka dibawa ke klinik API Banyuwangi.

“Pihak berkuasa akan memindahkan pesawat sebelum diserahkan kepada API,” tambah Didit. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049997 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list