CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38716|Reply: 0

Bali haramkan botol plastik

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:29 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA sukarelawan mengutip sisa plastik di sebuah pantai Bali hari ini. - Foto AFP
JAKARTA – Penggunaan botol plastik mula diharamkan di Bali dalam langkah yang bertujuan untuk menangani pencemaran di pulau berkenaan, lapor portal berita Arab News semalam.

Pulau Bali menghasilkan kira-kira 300,000 tan sisa plastik setiap tahun dengan  lebih separuh tidak dikutip, termasuk 33,000 tan yang masuk ke perairan Bali.

Menurut dasar baharu itu, botol plastik akan diharamkan di semua pejabat kerajaan dan sekolah di pulau peranginan tersebut.

“Kami berharap dasar ini akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak berkaitan supaya Bali kekal  hijau dan mapan,” kata setiausaha wilayah itu, Dewa Made Indra dalam satu kenyataan.

Dasar itu juga menghendaki pengetua dan guru sekolah menjadi contoh kepada pelajar dengan menggunakan gelas untuk mengurangkan atau menghapuskan plastik yang digunakan dalam  pembungkusan makanan dan minuman.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah sisa plastik di Bali mendapat perhatian antarabangsa lantaran  pantai ikoniknya dipenuhi sampah sarap semasa kemuncak musim tengkujuh.


Bulan lalu, klip video memaparkan sampah yang menimbun di pinggir Pantai Jimbaran menjadi tular di media sosial.

Isu itu juga mencetuskan kebimbangan kerajaan pusat dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Hanif Faisol Nurofiq mengambil bahagian dalam acara pembersihan pantai Bali sebanyak dua kali pada bulan lepas. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.094693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list