CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6126|Reply: 0

Marah motosikal rosak tidak dibaiki, lelaki bakar pikap saudara

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode

MANOP (kiri) dan kenderaan dibakar (kanan). FOTO Agensi

Bangkok: Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan polis selepas disyaki membakar pikap milik saudaranya di daerah Nong Chok, di sini, dipercayai akibat dendam lama.

Portal Thaiger melaporkan, insiden itu berlaku pada Sabtu, 1 Februari, apabila kenderaan model Ford Ranger ditemukan terbakar di sebelah sebuah rumah di sini.

Hasil siasatan lanjut, polis mendapati sudut kamera litar tertutup (CCTV) diubah hingga mengaburkan identiti pelaku.

Mangsa, Chanya yang berusia 30 tahun, melaporkan kejadian itu kepada polis Nong Chok dan memberikan rakaman CCTV sebagai bukti.

Dia mengenal pasti Manop sebagai lelaki yang melaraskan kamera dan membakar trak itu.

Chanya mengenali Manop kerana hubungan kekeluargaan mereka.

Polis menjalankan siasatan dan mengesan Manop di Wat Sap Samran Nikorn Kasem di daerah Nong Chok.

Ketika disoal siasat, Manop mengaku membakar kenderaan itu serta membawa pegawai ke tempat kejadian dan lokasi dia membuang hos penyedut bahan api berhampiran kawasan yang ditumbuhi semak di tepi jambatan terusan di Lorong Liap Wari 79.

Manop menjelaskan motifnya berpunca daripada insiden yang tidak dapat diselesaikan pada 28 Januari lalu.

Dia mendakwa bapa Chanya merosakkan motosikalnya selepas terbabit dalam satu kemalangan dan gagal membaikinya.

Disebabkan itu, Manop nekad membakar kenderaan Chanya.

Ujian awal air kencing menunjukkan Manop positif dadah dan membawa kepada prosiding undang-undang lanjut, lapor KhaoSod.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039328 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list