CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 0

Hakim AS halang Trump hantar banduan Transgender ke penjara lelaki

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Washington: Seorang hakim di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada melaksanakan perintah eksekutif yang mengarahkan semua golongan transgender ditempatkan di penjara lelaki dan menamatkan akses mereka kepada rawatan penjagaan jantina.

Keputusan oleh Hakim Daerah AS Royce Lamberth di Washington ini menandakan kali kedua seorang hakim Persekutuan, atas desakan kumpulan hak undang-undang LGBTQ, menghalang Biro Penjara AS daripada melaksanakan arahan yang ditandatangani Trump pada hari pertamanya kembali ke pejabat pada 20 Januari.

Perintah Lamberth ini melangkaui keputusan seorang hakim persekutuan di Boston pada 26 Januari yang menghalang pihak penjara daripada memindahkan seorang transgender ke penjara lelaki, dengan mengarahkan bahawa pentadbiran Trump tidak boleh melaksanakan dasar itu sama sekali tanpa perintah mahkamah lanjut.

Perintah eksekutif Trump mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk hanya mengiktiraf dua jantina secara biologi, lelaki dan wanita; menempatkan transgender di penjara lelaki; dan menghentikan pembiayaan bagi sebarang rawatan perubatan berkaitan jantina untuk banduan.

Menurut Jabatan Kehakiman AS, terdapat kira-kira 2,230 banduan transgender yang ditempatkan di penjara persekutuan dan rumah peralihan, dengan kira-kira dua pertiga daripadanya - 1,506 orang - adalah transgender. Daripada jumlah itu, 16 orang ditempatkan di penjara wanita.

Sebelum arahan Trump dikeluarkan, Biro Penjara AS beroperasi di bawah garis panduan yang diterima pakai pada 2022 semasa pentadbiran bekas Presiden Demokrat Joe Biden, yang menghendaki penjara mempertimbangkan "ungkapan jantina semasa" banduan dalam menentukan tempat penempatan mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list