CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5642|Reply: 0

163 NGO gesa EU larang urus niaga dengan penempatan haram Israel

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode

(Gambar fail) Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen. - FOTO REUTERS

LONDON: Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja serta kumpulan masyarakat sivil menggesa Suruhanjaya Eropah supaya mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki (OPT), lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam surat yang dihantar kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, semalam, kumpulan berkenaan menyatakan larangan perdagangan dengan peneroka haram adalah 'penting' bagi Kesatuan Eropah (EU) dan negara anggotanya sebagai mematuhi kewajipan mereka bawah undang-undang antarabangsa.

Merujuk pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun lalu mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin, mereka menekankan semua negara mempunyai 'kewajipan untuk tidak menjalinkan hubungan ekonomi atau perdagangan dengan Israel berhubung (OPT) atau mana-mana bahagiannya yang boleh mengukuhkan kehadiran Israel secara tidak sah di wilayah itu.'

Mereka menegaskan bahawa dengan berdagang bersama penempatan haram Israel, EU bukan saja melanggar kewajipan undang-undangnya sendiri tetapi juga menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan sistematik serta pelanggaran undang-undang antarabangsa yang lain.

"Walaupun terdapat konsensus dalam EU mengenai ketidaksahan penempatan serta kaitannya dengan pencabulan hak asasi yang serius, EU terus berdagang dan membenarkan urus niaga dengan mereka.

"Ia sekali gus membantu mengekalkan pencabulan hak asasi manusia dan juga undang-undang antarabangsa yang berkaitan dengan penerusan serta pengembangan penempatan berkenaan," menurut surat itu.

Sambil menekankan 'keperluan mendesak untuk mematuhi undang-undang antarabangsa,' kumpulan berkenaan melalui surat itu turut menggesa Suruhanjaya Eropah supaya segera memperkenalkan undang-undang melarang perdagangan dan pelaburan di penempatan haram, serta mengeluarkan dokumen nasihat yang diperketatkan bagi menghalang perniagaan Eropah daripada terbabit dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada penempatan haram Israel.

Sebanyak 163 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan hak asasi manusia seperti Human Rights Watch, kesatuan pekerja dan pelbagai segmen masyarakat sivil di seluruh Eropah, telah menandatangani surat itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046183 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list