(Gambar fail) Alexander Lukashenko - FOTO AFP
MINSK: Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Belarus hari ini secara rasmi mengisytiharkan kemenangan Alexander Lukashenko pada Pilihan Raya Presiden yang terbaru dengan meraih 86.82 peratus undi, lapor Xinhua.
Calon lain, Sergei Syrankov pula memperoleh 3.21 peratus undi, diikuti Oleg Gaidukevich (2.02 peratus), Anna Kanopatskaya (1.86 peratus) dan Alexander Khizhnyak (1.74 peratus).
Kira-kira 3.60 peratus pengundi memilih untuk menolak semua calon yang bertanding.
Pilihan Raya Presiden itu diadakan di Belarus pada 26 Januari lalu. Peratusan keluar mengundi ialah 85.69 peratus.
Bawah undang-undang Belarus, calon Presiden yang memperoleh lebih 50 peratus undi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Kali pertama Lukashenko dipilih sebagai Presiden Belarus ialah pada 1994 sebelum dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
|