CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25821|Reply: 0

Suami kejam, isteri 'hancur' direndam asid

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:43 PM | Show all posts |Read mode


Canberra: Malang nasib seorang penuntut perubatan Arnima Hayat yang maut selepas mandi asid angkara perbuatan suaminya, Meraj Zafar.

Mirror UK melaporkan, Meraj, 20, dipercayai melakukannya kerana cemburu melihat Arnima, 19, dengan lelaki lain.

Difahamkan, mandian itu diisi dengan asid hidroklorik dan terdapat satu mayat dalam keadaan tertiarap.

Tubuh Arnima hancur akibat rendaman asid itu sehingga terpaksa dikenal pasti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkannya.

Sebelum itu, Meraj dan trak kerjanya hilang dan menjadi suspek utama.

Imejnya didedahkan polis dan 20 jam kemudian dia menyerah diri.



Polis menyusun garis masa dan membuat kesimpulan Arnima dibunuh hanya 45 minit selepas menghantar mesej terakhirnya kepada rakannya.

Meraj meninggalkan tempat kejadian iaitu rumah pangsa pada 9.55 malam dan ketika itu Arnima sudah meninggal dunia.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pagi berikutnya menunjukkan Meraj memandu trak ke premis menjual kelengkapan rumah dan membeli 20 liter asid hidroklorik.

Dia kemudiannya kembali ke premis berkenaan untuk membeli 80 liter lagi asid hidroklorik.

Hasil siasatan, polis mendapati Meraj membunuh Arnima dan cuba untuk membuang mayat wanita itu.

Menurut rekod, pasangan itu berkahwin secara rahsia tanpa dihadiri rakan dan keluarga pada Oktober 2021.

Mereka tinggal bersama di sebuah rumah pangsa dekat pinggir bandar Sydney di Parramatta Utara dan semakin renggang dengan keluarga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062212 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list