CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24735|Reply: 0

Barangan percuma untuk penumpang, ubat gigi pun ada

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:41 PM | Show all posts |Read mode


New Delhi: Seorang pemandu Uber di India melakukan kelainan dengan mengubahsuai kenderaannya menjadi kedai serbaneka mudah alih sekali gus memberi pengalaman istimewa kepada penumpang yang menaikinya.

Portal NDTV melaporkan, kenderaan model Maruti Celerio milik pemandu itu dipenuhi pelbagai jenis barangan percuma termasuk makanan ringan, gula-gula, air botol, payung, cecair pembasmi kuman, tisu, selain WiFi.

Ia bagi memberi pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan oleh penumpangnya.

Kenderaan itu turut dilengkapi pelbagai ubat dan barangan penjagaan diri seperti minyak wangi dan ubat gigi.

Menariknya, semua kemudahan itu ditawarkan kepada penumpangnya secara percuma.

Perkongsian di Reddit yang tular menunjukkan kemewahan kenderaan itu yang membuatkan warganet berasa kagum dengan menyifatkannya sebagai peluang merasai pengalaman ruang istirahat mewah berbanding menaiki teksi biasa.



Ramai yang menyatakan hasrat untuk menempah kenderaan itu secara eksklusif, malah menawarkan untuk membayar harga premium bagi merasai keistimewaan layanannya yang unik.

"Namakan dan popularkan pemandu itu. Dia berhak mendapat pengiktirafan untuk itu," tulis seorang warganet.

"Saya pernah menaiki kenderaannya. Namanya Abdul, dan dia seorang lelaki yang hebat. Dia juga sudah dipaparkan dalam beberapa video," tulis seorang lagi warganet.

"Namanya Abdul Qadir. Akhbar sudah menerbitkan cerita tentangnya, pemandu Uber yang tidak pernah membatalkan penumpangnya," tulis seorang warganet.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list