CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7551|Reply: 0

Tiga maut, seorang hilang bot Basarnas meletup

[Copy link]
Post time 3-2-2025 04:16 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA - Sebuah bot milik Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Insiden berlaku sekitar jam 11 malam waktu tempatan ketika bot jenis sea rider itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Ahmad Yani untuk membantu dua nelayan yang mengalami kegagalan enjin.

Letupan itu meragut nyawa dua anggota Basarnas dan seorang pegawai Polis Marin, manakala wartawan Metro TV, Syahril Helmi dilaporkan masih hilang.

"Kami sedang berkoordinasi dengan agensi penyelamat dan nelayan tempatan untuk mencari mangsa yang hilang dalam tempoh tujuh hari akan datang,” kata Ketua Basarnas Ternate, Iwan kepada Metro TV.

Bot terbabit membawa 11 orang, termasuk tujuh anggota Basarnas, tiga pegawai Polis Marin dan Syahril.

Tujuh mangsa yang terselamat telah diselamatkan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053135 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list