CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6891|Reply: 0

Russia, Ukraine saling tuding jari susulan serangan terhadap sekolah di Kursk

[Copy link]
Post time 3-2-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Seorang anggota tentera Ukraine meronda di jalan bersebelahan bangunan yang rosak akibat pertempuran terbaru antara tentera Ukraine dan Rusia di bandar Sudzha, wilayah Kursk, Rusia, yang dikawal oleh tentera Ukraine. - Foto REUTERS

KYIV: Ukraine dan Russia semalam saling menyalahkan satu sama lain berhubung serangan ke atas sebuah sekolah di bandar yang diduduki di wilayah Kursk, Russia, ketika Washington menggesa kedua-dua negara berusaha menamatkan konflik.

Pertempuran dalam perang hampir tiga tahun tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berjanji untuk segera mengusahakan gencatan senjata selepas beliau mengambil alih jawatan pada 20 Januari lalu.

Semalam, utusan Trump dari Ukraine membayangkan kedua-dua pihak perlu beralah untuk menamatkan perang termasuk kemungkinan memerlukan membuatkan Kyiv menyerahkan tanah yang diduduki oleh Russia.

Dalam pada itu, Tentera Udara Ukraine memaklumkan empat orang terbunuh pada Sabtu lalu dalam serangan bom udara berpandu Russia ke atas bekas bangunan sekolah yang kini digunakan bagi melindungi orang awam di bandar Sudzha.

Selain empat kematian, empat yang lain cedera parah dan 80 orang diselamatkan dari bawah runtuhan itu selepas pengeboman reda.

Ukrainian President Volodymyr Zelensky called Russia "devoid of civility", sharing a video on social media showing a heavily damaged building, as well as a wounded man lying on the ground.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menggelar Russia sebagai 'tidak beradab' sambil lberkongsi video di media sosial yang menunjukkan sebuah bangunan rosak teruk, selain seorang lelaki yang cedera terbaring di atas tanah.

Bagaimanapun, Russia meletakkan kesalahan ke atas Ukraine terhadap serangan itu, mengatakan mereka membuka siasatan kes jenayah terhadap seorang komander Ukraine yang mereka katakan bertanggungjawab mendalangi serangan itu.

Ukraina menguasai sebahagian kawasan di wilayah Kursk, iaitu sempadan Russia sejak melancarkan operasi mengejut pada Ogos lalu, merampas puluhan kampung dan bandar kecil termasuk Sudzha yang sebelum itu menempatkan sekitar 6,000 penduduk.

Trump dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin sebelum ini menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan perbincangan bagi menamatkan perang, tetapi tiada pihak menjelaskan bila atau bagaimana ia akan dilaksanakan.

Bagaimanapun baru-baru ini selepas kembali dari lawatan ke Ukraine, utusan Trump ke Kyiv, Keith Kellogg, memberitahu Fox News bahawa 'kedua-dua pihak akan memberi sedikit kelonggaran'.

"Zelensky 'sudahpun menyatakan beliau akan melonggarkan kedudukannya di darat dan pemimpin Russia Vladimir Putin 'perlu berbuat perkara sama'.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine akan mencapai tempoh tiga tahun bulan ini. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.482224 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list