CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6200|Reply: 0

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Menteri Kewangan Jepun

[Copy link]
Post time 2-2-2025 06:01 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Kewangan Jepun, Katsunobu Kato. - Foto AGENSI

TOKYO: Menteri Kewangan Jepun, Katsunobu Kato melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Bercakap dalam sebuah program televisyen, Kato berkata beliau "amat bimbang mengenai kemungkinan kesannya terhadap ekonomi global" serta menekankan keperluan untuk "menilai secara menyeluruh" pergerakan pertukaran asing dan prospek dasar monetari di AS yang juga rakan dagang utama Jepun.

Hari ini, Presiden AS, Donald Trump mengarahkan pelaksanaan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico, serta tambahan 10 peratus ke atas barangan dari China.

"Kita perlu meneliti secara mendalam bagaimana Jepun mungkin terkesan secara khusus dan mengambil langkah yang sewajarnya," kata Kato, merujuk sebahagiannya kepada kebimbangan inflasi susulan kadar tarif tinggi yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.

Sebagai tindak balas, Kanada akan melaksanakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari AS.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, beliau telah mengarahkan Menteri Ekonominya Marcelo Ebrard untuk melaksanakan "langkah tarif dan bukan tarif" bagi melindungi kepentingan negara susulan kenaikan kadar tarif oleh AS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list