CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6162|Reply: 0

Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:23 PM | Show all posts |Read mode


TEL AVIV - Benjamin Netanyahu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Washington, pada Selasa ini, menurut pengesahan dari Pejabat Perdana Menteri Israel.

Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya.

"Kedua-dua pemimpin akan membincangkan isu Gaza, tebusan, cabaran yang ditimbulkan oleh semua elemen paksi Iran serta isu-isu utama lain," kata pejabat Netanyahu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu. Dalam satu langkah yang menyimpang daripada kebiasaan, Trump telah menjemput beberapa pemimpin dunia ke majlis pelantikannya pada 20 Januari, termasuk Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Namun, beliau masih belum mengadakan pertemuan rasmi dengan mana-mana pemimpin dunia sejak memulakan penggal keduanya.

Pengumuman pertemuan ini dibuat beberapa jam selepas pusingan terbaharu pembebasan tebusan dan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.

Seorang lelaki Israel-Amerika dan dua lelaki Israel lain telah dibebaskan daripada tahanan sebagai pertukaran bagi pembebasan hampir 200 tahanan Palestin pada Sabtu.

Pertemuan ini juga berlangsung selepas Trump mencadangkan rancangan untuk Semenanjung Gaza iaitu untuk "membersihkan" wilayah itu dan memindahkan ratusan ribu rakyat Palestin ke negara-negara jiran- idea yang telah ditolak keras oleh kumpulan utama negara-negara Arab. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035889 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list