CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9342|Reply: 0

Warga asing mabuk merangkak tengah jalan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 09:13 PM | Show all posts |Read mode


BANGKOK – Seorang lelaki asing merangkak dalam keadaan mabuk di tengah jalan di Bangkok, menyebabkan lalu lintas mengalami kesesakan teruk, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku di daerah Wang Thong Lang pada waktu pagi ketika orang ramai menuju ke tempat kerja.


Sebuah laman Facebook, Jmoi v+ yang berkongsikan video kejadian berkata, dua lelaki tempatan cuba membawa lelaki tersebut beredar dari tengah jalan, namun mereka ditolak.

Ia menyebabkan dua lelaki itu terpaksa mengheret warga asing tersebut dengan menarik kolar bajunya.

Pada pengakhiran video, sekumpulan lelaki tempatan dilihat mengiringi warga asing itu menaiki sebuah trak pikap polis.

Tidak dinyatakan sama ada lelaki warga asing itu dikenakan sebarang dakwaan undang-undang kerana mengganggu ketenteraman awam. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045019 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list