CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7631|Reply: 0

3,000 jurutera beratur panjang temuduga kerja

[Copy link]
Post time 27-1-2025 09:04 PM | Show all posts |Read mode


NEW DELHI – Lebih 3,000 jurutera beratur panjang untuk menghadiri temuduga pekerjaan di luar sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) di Pune, India, lapor portal berita The Indian Express semalam. .

Rakaman video kejadian menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di platform X menerusi akaun Pune Pulse.


“Lebih 3,000 jurutera beratur untuk temuduga, menyerlahkan persaingan pasaran pekerjaan IT yang amat sengit,” kata kapsyen video itu.

Ramai netizen kemudian memberi komen tentang video itu di media sosial.

“Situasi serupa  berlaku semasa saya pergi ke Pune untuk temuduga pada tahun 2015,” kata seorang netizen.

Seorang pengguna media sosial lain berkata: “Peningkatan  pengangguran  dalam kalangan belia terpelajar. Tiada masa depan buat mereka. Ibu bapa rugi membelanjakan wang untuk pendidikan mereka.” – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list