CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8594|Reply: 0

70 maut serangan ke atas hospital di Sudan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 07:42 AM | Show all posts |Read mode

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus

Geneva: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah hospital di Sudan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad, menurut agensi berita Jerman, dpa.

Tedros berkata serangan pada Sabtu ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.

"Ketika serangan itu berlaku, hospital dipenuhi dengan pesakit yang sedang menerima rawatan.

"Serangan ini berlaku ketika akses kepada penjagaan kesihatan di negara itu sudah terjejas teruk akibat penutupan kemudahan kesihatan susulan pengeboman yang intensif," tulis Tedros di platform X.

Tedros berkata sebuah kemudahan kesihatan di al-Malha, wilayah Darfur Utara juga telah diserang, menyebabkan pemberhentian sementara dalam menyediakan penjagaan kesihatan asas kepada penduduk dan mereka yang kehilangan tempat tinggal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.042916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list