CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8486|Reply: 0

Tentera Israel lepas tembakan, lima rakyat Palestin cedera

[Copy link]
Post time 27-1-2025 07:38 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG tentara Lebanon berjaga di kawasan perumahan yang hancur akibat perang antara Israel dan Hizbullah. FOTO AFP

Gaza City: Lima rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera pada Ahad apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelarian yang berkumpul di tengah Gaza, menurut sumber perubatan dan saksi, seperti dilaporkan oleh Anadolu Agensi (AA).

Insiden itu berlaku di Jalan Al-Rashid, berhampiran kawasan Taba Al-Nawari di barat kem pelarian Nuseirat, ketika penduduk Palestin sedang menunggu untuk dibenarkan pulang ke Gaza City dan utara Gaza selaras dengan perjanjian gencatan senjata.

Sumber perubatan di Hospital Al-Awda di Kem Pelarian Nuseirat mengesahkan ketibaan lima individu yang cedera, termasuk kanak-kanak itu.

Saksi melaporkan bahawa beratus-ratus penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah bermalam di kawasan terbuka menahan suhu sejuk sementara menunggu kebenaran untuk pulang ke rumah.

Menurut saksi, kenderaan tentera Israel diletakkan di sepanjang koridor Netzarim — kawasan yang memisahkan utara dan selatan Gaza melepaskan tembakan ke arah kumpulan pelarian yang sedang menunggu tentera Israel berundur dan membenarkan mereka kembali ke utara di bawah perjanjian gencatan senjata.

Pihak berkuasa Israel enggan membenarkan penduduk Palestin pulang ke utara Gaza sehingga Arbel Yehud dibebaskan. Hamas mengesahkan bahawa tebusan akan dibebaskan semasa pertukaran seterusnya.

Fasa enam minggu pertama perjanjian itu berkuat kuasa 19 Januari lalu.

Pada hari pertama gencatan senjata, Israel membebaskan 90 tahanan Palestin sebagai balasan kepada tiga tawanan Israel yang dibebaskan oleh Hamas.

Pada Sabtu, Hamas membebaskan empat askar wanita Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Israel. Sebagai pertukaran, 200 tahanan Palestin dibebaskan, termasuk 30 menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 20 dengan hukuman yang panjang.




    [size=0.95]












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.049515 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list