CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8613|Reply: 0

Trump serius ambil semula Terusan Panama

[Copy link]
Post time 21-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail sebuah kapal kargo belayar di Terusan Panama. - Foto AFP


WASHINGTON  – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi berjanji untuk mengambil kembali Terusan Panama di Panama, lapor akhbar New York Post semalam.

Trump yang membuat janji itu semasa kempen Pilihan Raya Presiden AS,  turut mengecam keputusan Washington kerana mengembalikan kawalan terusan itu kepada Republik Panama.

Beliau menuduh negara yang terletak antara rantau Amerika Tengah dan Amerika Selatan itu ‘melayan’ AS secara tidak adil semasa mengambil alih kawalan tersebut.

Trump mengimbas kembali bagaimana AS menyalurkan wang untuk pembinaan terusan itu tetapi diserahkan semula oleh bekas Presiden AS, Jimmy Carter kepada Panama pada tahun 1977.

“Presiden (William) McKinley (Presiden ke-25 AS) menjadikan negara kita sangat kaya melalui tarif dan memberi Teddy Roosevelt (Presiden AS ke-26) wang untuk banyak perkara hebat yang beliau lakukan, termasuk Terusan Panama yang secara bodoh telah diberikan kepada negara Panama,” kata Trump pada majlis angkat sumpah sebagai Presiden AS semalam.

“Janji Panama kepada kita telah dimungkiri.


“Tujuan perjanjian dan semangat perjanjian kita telah dilanggar sama sekali.

“Kapal-kapal Amerika dikenakan bayaran berlebihan dan tidak dilayan secara adil dalam apa jua cara,” tambahnya yang  menuduh China mengendalikan terusan itu.

Trump juga berkata: “Kami tidak memberikannya kepada China. Kami memberikannya kepada Panama, dan kami akan mengambilnya semula.”

Sementara itu, Presiden Panama, Jose Raul Mulino menolak kenyataan Trump itu dan menyatakan tidak ada mana-mana negara yang campur tangan dalam pentadbirannya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 1.281823 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list