CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8088|Reply: 0

90 tahanan Palestin bakal dibebas hari ini

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:49 AM | Show all posts |Read mode

PIHAK berkuasa Israel berkawal di hadapan penjara tentera Israel, Ofer sebelum penyerahan tahanan Palestin susulan gencatan senjata. FOTO Reuters.

Kaherah: Hamas memaklumkan pihak Israel akan menyerahkan senarai nama 90 tahanan warga Palestin yang bakal dibebaskan, hari ini.

Ia sebagai pertukaran dengan tiga tebusan wanita Israel yang akan dibebaskan oleh kumpulan pejuang itu di Gaza.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, tahanan warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak berkenaan akan dibebaskan oleh Israel pada hari pertama pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.

"Dalam sedikit masa lagi, pihak pendudukan (Israel) dijangka menyerahkan senarai nama 90 tahanan daripada kategori wanita dan kanak-kanak yang akan dibebaskan pada hari pertama pelaksanaan gencatan senjata," kata Hamas.

Terdahulu, Israel dan Qatar sebagai perantara perjanjian berkenaan, mengesahkan gencatan senjata yang dinanti-nantikan sekian lama itu kini berkuat kuasa.

Pelaksanaan itu tertangguh hampir tiga jam daripada masa asal yang dijadualkan, berikutan Israel mahu mendapatkan terlebih dahulu senarai tiga tebusan akan dibebaskan Hamas pada peringkat permulaan.

Berdasarkan perjanjian, sejumlah 33 tebusan akan dibebaskan oleh Hamas dari Gaza dalam tempoh 42 pertama gencatan senjata berkenaan.

Hamas berkata, perjanjian gencatan senjata itu menetapkan 'pembebasan 30 tahanan warga Palestin sebagai pertukaran untuk seorang tebusan awam.'

Katanya, 90 tahanan warga Palestin bakal dibebaskan pada hari ini terbabit adalah daripada senarai sejumlah 120 kanak-kanak dan wanita yang dikemukakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050061 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list