Itamar Ben-Gvir - FOTO REUTERS
BAITULMAQDIS: Parti dianggotai Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben Gvir yang berhaluan paling kanan, hari ini mengumumkan keluar daripada gabungan pemerintah Israel.
Ia sebagai membantah perjanjian gencatan senjata di Gaza yang didakwa parti itu sebagai 'penuh dengan skandal.'
Dalam satu kenyataan, parti Kuasa Yahudi menganggap perjanjian gencatan senjata itu sebagai 'menyerah kepada Hamas'.
Malah, parti itu turut mengecam apa yang disifatkannya sebagai 'pembebasan ratusan pembunuh' dan 'penolakan terhadap pencapaian (tentera Israel) dalam peperangan' di Gaza.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, masih kekal dengan majoriti tipis di Parlimen Israel walaupun parti itu bertindak keluar daripada gabungan pemerintah.
|