CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27647|Reply: 0

Pencuri guna payung sembunyi identiti, larikan RM13 dari premis

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:47 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV suspek ketika mencuri di dalam premis dengan membawa payung bagi melindungi wajahnya. FOTO Agensi

Bangkok: Polis mencari seorang pencuri yang turun dari tingkat tiga ke bawah premis roti di wilayah Rayong di bandar raya ini, menggunakan payung untuk menyembunyikan identitinya sebelum mencuri wang daripada mesin tunai.

Portal The Thaiger melaporkan, lelaki itu dipercayai melarikan kira-kira 100 baht (kira-kira RM13).

Pengurus premis, Komprakorn membuat aduan di Balai Polis Mueang Rayong pada 16 Januari, selepas mendapati kehilangan wang dalam mesin tunai dan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mendedahkan kejadian itu.

Suspek dikatakan mempunyai ketinggian kira-kira 170 sentimeter (sm), memakai seluar pendek hitam dan berbaju-T berbelang.

Dia dilihat menggunakan payung kuning dan hitam untuk mengaburi mukanya sambil memecahkan mesin tunai menggunakan alatan tangan sebelum melarikan diri.

Menurut Koprakorn, pencuri itu tidak masuk melalui pintu depan.

Sebaliknya, dia dipercayai memanjat dinding luar untuk mengakses tingkat tiga premis dan turun ke tingkat bawah melalui lubang di siling setiap tingkat.

Komprakorn membuat andaian bahawa pencuri itu sudah merancang jenayah itu dengan teliti kerana masuk dengan mudah dan membawa payung untuk menyembunyikan wajahnya.

Walaupun hanya kira-kira 100 baht (kira-kira RM13) dicuri, Komprakorn menggesa polis membawa pelakunya ke muka pengadilan, dengan alasan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan dan penduduk berhampiran.

Dia melahirkan kebimbangan bahawa pencuri mungkin menyasarkan lokasi lain, kerana kecurian itu menghasilkan wang yang sangat sedikit.

slug & caption gambar:

payung1 & payung 2: RAKAMAN CCTV suspek ketika mencuri di dalam premis dengan membawa payung bagi melindungi wajahnya. FOTO Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045233 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list