CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8151|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan pantau kegiatan Mawla Amin

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode

Mohamed Amin Ouradji, juga dikenali sebagai Mawla Amin.

Kota Bharu: Polis Kelantan memantau dan membuat risikan berhubung kegiatan seorang lelaki yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, bagaimanapun berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kegiatan individu yang mengaku berada dalam jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW itu.

"Untuk di Kelantan setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan, namun kita tetap pantau dan menjalankan risikan.

"Pada masa sama, kita turut membantu kontinjen lain sekiranya terdapat laporan mengenai perkara itu termasuk merakam percakapan," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan Maghribi mengesahkan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji, yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad, bukan warga negara itu.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Daud berkata, pihaknya turut memantau berhubung kegiatan lelaki berkenaan.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu di Kelantan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kegiatan-mawla-amin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.171522 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list