CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40952|Reply: 479

Suami pulang, tp hati kosong....

[Copy link]
Post time 4-12-2008 12:18 PM | Show all posts |Read mode
as sesetengah forumer kat sini tahu situasi saya di sini.. saya di madukan oleh suami. Alhamdullilah..suami melayan saya teramat baik. suami bekerja di Indonesia. hari ini dia pulang.

Hati kosong, itu yg dapat saya rasakan. Saya rasa langsung tidak gembira dia pulang. beberapa hari yang lepas dia ada hubungi saya, tp saya tiada hati utk menjawab. Sms dia pun saya tak balas. Hati saya tidak excited untuk menunggu dia pulang.

Smlm dia sms saya samaada saya mengambil dia di airport dan jika boleh dia mahu saya mengambilnya. Saya hanya menjawab akan bagi jawapan esok pagi ( hari ini ).. saya pun tak tahu nak pegi ambil atau tidak.. malah lgsg tak fikir.

Tadi sekejap dia sms lagi, samaada saya pick up atau tidak, dan jika boleh bawa anak sekali. saya seakan tiada jawapan.

Dalam hati saya, saya tidak mahu dia pulang dan saya pun tidak mahu lihat mukanya... mmg betul2 kosong dan kering betul hati ini.

kami masih dlm ikatan, dia sgt baik pada saya.. tp sepanjang dia tiada bekerja di luar, saya bahagia dengan anak..

sesungguhnya saya tidak bersedia dan tidak suka dia pulang..

buntu sekarang... tidak tahu bagaimana mahu hadapi dia nnti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 12:25 PM | Show all posts
cuba lah utk menyayangi dia semula................ tambahan pula katanya suami baik............. cuba fikirkan perkara positif daripada peristiwa ini............ tentu ada perkara positif............. kadang apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.........

Anggaplah diri mahsba bertuah, kerana walaupun suami kahwen lain tapi dia still bersikap baik.... tak seperti sesetengah lelaki lain yang berkahwin lain terus melupakan tanggungjawab kepada isteri pertama dan anak.................... ada tuhh yang ris kenal sampai isteri pertama dan anak2 bergelap sebab bil tunggakan elektrik yang tertunggak dan TNB dah potong bekalan..........sedihkan....

apapun semoga mahsba sentiasa bersabar..... mungkin ini ujian dari Allah kepada hamba yang disayangiNya........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:30 PM | Show all posts

Balas #1 mahsba\ catat

boleh tak balas aje sms suami tu,bgtau suh dia balik umah sendiri..cthnya "abang,sori saya tak boleh ambik kat air port...mood tak ok ni.tgh period.."
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #1 mahsba's post

suruh je dia balik sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by sofiajane at 4-12-2008 12:30 PM
boleh tak balas aje sms suami tu,bgtau suh dia balik umah sendiri..cthnya "abang,sori saya tak boleh ambik kat air port...mood tak ok ni.tgh period.."



alangkah bagusnya kalau saya boleh jawab macam tu, tp tak berapa elok pulak ayatnya.. he he

kalau saya tak amik pun, saya akan jumpa dia jugak, masalahnya saya takder hati nak jupe dia..kalau boleh tak mahu, since kena jumpa jugak,...saya tak tahu nak hadapinya.. hati tak happy
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:35 PM | Show all posts
tak happy sebab apa? sepanjang suami akak takde apa yg akak buat kat rumah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2008 12:38 PM | Show all posts
kalau suami puan layan puan dengan baik, balasla dengan kebaikan... kita kena ingat, jodoh, pertemuan, ajal, maut, semua ditentukan Allah. Redhalah dengan ape yang berlaku,mungkin ade hikmahnya. kita tak dapat melihat masa hadapan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:38 PM | Show all posts
nanti suami tu dah sampai umah,mesti dia perasan u mcm tak excited atas kepulangan dia tu..

pandai-pandailah nanti dia nak tackle hati u camana...u kahwin pun dah lama kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 12:39 PM | Show all posts
ishhhhh.....lama ke tuan tanah ni hidup bermadu? atau baru2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:39 PM | Show all posts
ada terbaca somewhere kat bod ni... " hati yg kosong sebab terlalu memikirkan duniawi, n akhirat makin jauh "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by pilot at 4-12-2008 12:35 PM
tak happy sebab apa? sepanjang suami akak takde apa yg akak buat kat rumah?




tak tahu tak happy sebab apa.. mgkn sebab dia kawin lain ker? entah.. ialah hati kosong..

tak buat apa2 pun.. pagi pegi keje, malam balik, dok dgn anak, weekend jalan2 ngan anak, tak pun p umah adik, umah mertua..

tp akak dapat rasa, kalau dia balik akak betul2 tak happy..nak buat apa2 pun takder mood, malah nak bercakap dgn dia pun tak der mood.. tp akak buat mcm biasa lah..fikir jugak hipokrit.. tp entah lah..

mgkn secara zahir akak terima apa yg berlaku, tp mgkn hati ini... redha tp sakit...

entah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:41 PM | Show all posts
hati2 kak... hati yg kosong mudah diisi dgn bisikan syaitan...

mungkin ada sedikit rajuk dihati akak despite suami baik camna pun..
perihal tak rasa nak terima kepulangan dia tu... just bagitau dia yg akak takleh nak ambil due tu some possible reason...

jika hati rasa kososng p[d suami, isislah dgn kecintaan kpd Allah, insyaAllah Dia kan tunjuk jalan terbaik... After all, hati kita, rasa kasih sayang cinta dan resah ni.. siapa yg kurniakan???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by mahsba at 4-12-2008 12:18 PM
as sesetengah forumer kat sini tahu situasi saya di sini.. saya di madukan oleh suami. Alhamdullilah..suami melayan saya teramat baik. suami bekerja di Indonesia. hari ini dia pulang.

Hati kos ...


memang patut pun awak rasa macam tu...saya tak suka la lelaki yg guna psikologi nak pujuk isteri selepas mengkhianati kepercayaan isteri....sesungguhnya semuanya telah berlalu...aku benci pada mu...kalau saya lah kan.

Kalau saya...
saya tak jawab sms dia tu. kalau ada hal berkaitan anak yg teramat penting antara hidup dan mati ,baru saya call. itu pun tak de maknanya saya nak terima dia kembali. Saya benci lelaki menipu.teramat benci.

Tak de makna nak ugut kata saya ni durhaka, lantak pi la. solat pun saya ada masa saya tinggal, inikan pula laki tak guna. Nak sedap dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:42 PM | Show all posts
atau pun ko dah ade org lain dlm hati dan pikiran,,, tu yg x de hati lagi kat laki ko............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by pilot at 4-12-2008 12:39 PM
ada terbaca somewhere kat bod ni... " hati yg kosong sebab terlalu memikirkan duniawi, n akhirat makin jauh "



alhamdullillah...setakat ini belum lagi lalai duniawi dan akhirat tu.. buat yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:44 PM | Show all posts
Sekarang kan cuti sekolah...elok juga bawak anak2 jln gi airport...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 12:44 PM | Show all posts
jgnlah macam tu... suma tu bisikan syaitan shj. mmg tujuan syaitan nak org yg berumahtangga berantakan, so cuba la lawan hati yg kosong tu.

betul... lepas apa yg terjadi kita tak lagi excited, tapi selagi bergelar suami isteri, tak elok sebenarnya terus-terusan bersikap dingin. sy rasa suami awak cuba tunjukkan yg dia still care bout both of you. tu salah satu usaha dia... dia cuba nak g tau awak yg dia excited nak jumpa both of you.

dah la... jgn ikut perasaan, pergilah ambik suami kat airport ngan anak dan senyum pada dia.

setiap kali sy geram, sedih ngan suami (tapi suami tak madukan sy), sy selalu duduk sambil beristigfar banyak2... kuatkan semangat dan kumpulkan kebaikan dia supaya sy rasa lebih tenang n dan maafkan dia.

org pompuan lebih suka tunjukkan sifat emosional bila suami berusaha utk pikat semula hati mereka, bagi sy sangat merugikan. lebih baik kita cuba terima dan fokus utk masa depan yg lebih positif.

mungkin apa yg saya tulis ni hanya sekadar pengalaman ditempat sy yg tak dimadukan tapi rasanya sikit sebanyak dapat membantu puan.

[ Last edited by  kimmycunz at 4-12-2008 12:45 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by sofiajane at 4-12-2008 12:38 PM
nanti suami tu dah sampai umah,mesti dia perasan u mcm tak excited atas kepulangan dia tu..

pandai-pandailah nanti dia nak tackle hati u camana...u kahwin pun dah lama kan?



memang dia perasan pun..dulu2 dia pulang pun mcm tu.. tp dia cuba amik hati saya.. cakap elok..saya jawab pun sometimes ala kadar, tp dapat lihat dia sabar lihat kerenah saya..

now 9 years already kami khawin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 12:46 PM | Show all posts

Balas #9 achiema\ catat

entahlah tak perasan berapa lama.. ha ha

dalam 2 tahun kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by kimmycunz at 4-12-2008 12:44 PM
jgnlah macam tu... suma tu bisikan syaitan shj. mmg tujuan syaitan nak org yg berumahtangga berantakan, so cuba la lawan hati yg kosong tu.

betul... lepas apa yg terjadi kita tak lagi excited, ...


kena pada org lain, boleh la cakap.cuba kena kat diri sendiri tengok. mau ada yg lari balik rumah mak ayah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list