View: 2720|Reply: 11
|
Siri klasik kembali...
[Copy link]
|
|
Nostalgia tiga siri TV klasik hebat di RTM2
Oleh Farihad Shalla Mahmud
SALURAN Famili Anda, RTM2 akan membawa penonton setianya mengimbau nostalgia apabila kembali menayangkan tiga siri televisyen klasik hebat dari Barat, Mission Impossible, Combat dan Macgyver pada jam 12.30 malam menerusi Best Of Retro, slot baru yang diperkenalkan stesen milik kerajaan itu.
Ketiga-tiga siri ini pernah ditayangkan di televisyen suatu ketika dulu sehingga menjadi begitu popular dan amat diminati.
Memulakan nostalgia ditampilkan Mission Impossible setiap Rabu, bermula 16 Januari 2008. Menarik mengenai siri ini ialah muzik temanya ciptaan Lalo Schifrin yang amat terkenal sehingga menjadi ikon muzik tema siri televisyen.
Kumpulan ejen risikan elit ini dilantik oleh kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan kepada kepelbagaian skil mereka. Ejen rahsia ini beroperasi bersama misi tersembunyi untuk membolosi kawalan keselamatan kerajaan-kerajaan luar juga pertubuhan-pertubuhan jenayah yang dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Saksikan kehebatan kumpulan ini yang terdiri daripada eksekutif elektrik, Barney Collier, aktor dan dalang penyamaran, Rollin Hand, model, Cinnamon Carter dan lelaki gagah perkasa, Willy Armitage melumpuhkan segala misi jahat pihak tertentu.
Asalnya kumpulan ini diketuai oleh Dan Briggs yang dilakonkan oleh Steven Hill, tetapi selepas satu musim, dia diganti oleh Jim Phelps (Peter Graves). Pelakon lain terdiri daripada Barbara Bain, Martin Landau, Leonard Nimoy dan Peter Lupus.
Menyusul setiap Khamis bermula 17 Januari ialah Macgyver lakonan Richard Dean Anderson. Macgyver, seorang lelaki kacak yang bekerja dengan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Yayasan Phoenix. Dia menempuh pelbagai bahaya dalam menangani segala ancaman musuh dan berjaya melepaskan diri tanpa perlu menggunakan senjata. Dia sebaliknya hanya berbekalkan keupayaan dan kepakaran mencipta peralatan daripada perkakasan harian.
Musuhnya meliputi kumpulan pengedar dadah, diktator dan ahli perniagaan yang rakus. Tidak kira apa halangan yang dihadapi, Macgyver sentiasa berjaya menumpaskan musuhnya dengan skil dan caranya tersendiri. Turut membintangi siri ini ialah Dana Elcar, John Anderson dan Teri Hatcher.
Sementara itu, kehebatan lakonan Vic Morrow sebagai Sarjen Saunders and Rick Jason sebagai Leftenan Hanley boleh anda saksikan menerusi siri Combat pada setiap Jumaat, bermula 18 Januari. Siri drama perang ini memaparkan keupayaan skuad infantri Amerika bertempur merentasi seluruh Eropah. Sarat dengan adegan tempur, siri ini mengupas pergolakan watak manusia yang berhempas pulas mempertahankan sifat kemanusiaan dalam diri tatkala berhadapan dengan segala keperitan kancah perang.
Kepada peminat siri klasik ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan menonton Mission Impossible, Combat dan Macgyver pada jam 12.30 malam menerusi slot Best Of Retro di RTM2 bermula 16 Januari ini.
bestnyer......hopefully nanti ada la siri2 lain menyusul....
|
|
|
|
|
|
|
|
yea ler...teringat waktuc dolu-2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mc Gyver memang feveret den maso kocik2 dulu....  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 sunfizz's post
ko mesti adek2 lagi kan? kalau zaman 70s or 80s dulu ko membesar memang ko knal siri2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
McGyver!
Wuhhuhuhuh.... Aku mmg nak tgk! Harap diorang x siar lewat sgt. Kalau x, siap la korang :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah tulis.. jam 12.30 malam... lewat tak tu? kalau aku lewat la..
tak dapat tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 nik2121's post
Lewatla... Kan dah tulis kat atas kul 12.30mlm start, abes sure 1.30pagi...
Mc Gyver ari khamis plak tuh, esoknyer keje...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Mission Impossible n MacGyver.....feveret aku tuh!aisehhh....kul 12.30 pagi pulok!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ada tayang balek citer combat ....sarjan saunders... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ladydolph's post
iols sker tapi kalau theyols tayang old sitcoms pun best gak..
tak yah nak gigih menorrent segala  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 BeskotCekelat's post
betul tu..memang lewat pun....try la tgk kalau mata aku ni tahan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|