CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5929|Reply: 14

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia

[Copy link]
Post time 18-12-2007 01:03 PM | Show all posts |Read mode
SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguansyaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripadagangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawaberkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblisdan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dansebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengannama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri,kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah darirumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yangbererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkandi sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat61).

Imam an-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyakberzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu adaorang atau pun tidak."

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumahada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya.Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allahkeselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabdamaksudnya: "Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepadaAllah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidakmakan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidakberzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan:
"Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitanberkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." - (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah.
Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecilyang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri dipintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajahRasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: "Ya
Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?"
Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya danbersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang membuat gambarini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka:Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu."

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlahgambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikianmenurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk kerumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalamrumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." -(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah.Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardudi masjid seperti sabdanya bermaksud: "Wahai manusia, solatlah kamu(sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang palingafdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib." - (Riwayat Nasai').

Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsanadi atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekatdaripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besarmembuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakanbahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata:"Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orangadalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesraserta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguansyaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagimemelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Andai katasalah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan denganmenyebut nama Allah dan berdoa: "Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripadakami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepadakami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak,tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. " -(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).
Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan padatelinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat.- (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doabermaksud: "Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimahAllah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahayaserta daripada semua mata yang jahat."

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husindan Hasan dan mengatakan: "Sesungguhnya bapa kamu berdua memohonperlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak." - (RiwayatBukhari dan at-Tirmizi).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 01:10 PM | Show all posts
YE KEW????
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:17 PM | Show all posts
bagus ni...bleh diamalkan...
semoga rumahtangga kita seme dirahmati Allah sentiasa.........amin
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:18 PM | Show all posts

Reply #3 hanidan's post

CANTIK AVATAR
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #1 zacko_inc's post

tq 4 sharing with us...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:30 PM | Show all posts
thanks....yg selalu i amalkan dgn anak2, setiapkali balik rumah...sesama ucapkan salam masa nak masuk rumah

setiapkali waktu magrib....bukak tv, channel oasis tu...byk tazkirah dan wirid2 lepas solat...berkumandang dlm rumah ...anak2 pun sama ikut...

opsss...petang nie kol. 7.30pm...aosis, ada ceramah dgn dr.fadhilah kamsah...tajuknya "kenapa lelaki suka berbohong"....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2007 01:41 PM | Show all posts
sharing is caring..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 18-12-2007 01:30 PM
setiapkali waktu magrib....bukak tv, channel oasis tu...byk tazkirah dan wirid2 lepa ...


suka dengar zikir2 tu. would anyone know kalu in the market, leh find cd or casette yg contained zikir2 ni tak? any suggestion?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 02:33 PM | Show all posts
elok juga kat cni ade artikel mcm ni
ilmu nih bole dikongsi bersama..
mungkin ramai yg tk sempat nk jenguk board mm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 02:41 PM | Show all posts

Reply #8 owenkatz's post

cuba awak cari dekat bwh kompleks maj.perbdrn.kelang..
my hubby ade beli kat ctu, yg ade kedai h/p, kedai baju2..
tk taulh klu dh pindah, mungkin ade lg kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 18-12-2007 02:23 PM


suka dengar zikir2 tu. would anyone know kalu in the market, leh find cd or casette yg contained zikir2 ni tak? any suggestion?

hmm zikir macam mana yang awak nak yerk...
sebenarnya banyk zikir nih.. ape pun die satu je.. berbalik kepda niat dan keyakinan kite...kita kena yakin dengan allah dan niat bahawa segalanya akan kembali pada dia...

Membaca zikir berikut setelah shalat shubuh:
لاَ إِلَهَإِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ....وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Tidak ada tuhan yangberhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya,seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segalasesuatu  

atau pun amalkan sentiasa baca surah kursi atau surah al falaq.. hmm kalo tau khasiat dan dan makna nya.. dan yakin dengan segala ayat allah dalam algran insyallah kite akan sentiasa di rahmati dan dilindungi

tapi kalo nak juga yang lelain saya boleh juga tunjukkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 05:08 PM | Show all posts
bagus nyer artikel macam nie....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 09:02 PM | Show all posts

Reply #1 zacko_inc's post

info yg sgt berguna.....insyallah diamalkan sentiasa....tqvm
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 09:59 PM | Show all posts
The Koran was being sent to the followers of Prophet Muhd (PBUH). I wonder how does the rest of the prophet previously take care of their relationship. Given an example is Noah since the wife is not one of the follower who were in his ark.....syaitan berani pulak ganggu rumahtangga nabi noh.. pas tu berjaya lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2007 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by edaladiva at 18-12-2007 09:59 PM
The Koran was being sent to the followers of Prophet Muhd (PBUH). I wonder how does the rest of the prophet previously take care of their relationship. Given an example is Noah since the wife is  ...

cube baca dan kaji makna surah nuh....ape2 pun berbalik kepada diri sendiri... kalo kite nak dan berusaha insyallah allah akan bagi ...kalo dah diberi peringatan tapi masih berdegil...entah lah....doa pada allah supaya hati kite di tetapkan pada jalan yang lurus

"[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.        
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.        
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.        
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).        
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.        
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.        
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telahkurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkautelah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

semoga ape yang terjadi yang pada masa lepas dan telah diberitahu kepada kite melalui al quran dijadikan panduan dan pengajaran

[ Last edited by  zacko_inc at 19-12-2007 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.126006 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list