CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14491|Reply: 178

Anak saudara artis AF5 lebih sudu dari kuah

[Copy link]
Post time 27-9-2007 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Anak saudara artis AF5 lebih sudu dari kuah
26-09-2007 09:43:23 AM  

SEBUT saja nama artis AF5 kelahiran di bawah bayu ni mesti semua orang kenal. Jejaka kacak kelahiran Sabah yg lahir dalam sebuah keluarga yg serba kekurangan tapi berjiwa kental dan bersemangat juang yang tinggi.

Rasanya satu Malaya juga dah kenal dengan anak saudara beliau yang merangkap PA tidak rasminya iaitu A, satu-satunya keluarga terdekat yg setia menjadi penyokongnya disetiap konsert mingguan AF yang lalu. Kami sebahagian daripada ahli FC merasa terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan dan rasa terkilan kepada A selaku orang kuat FC KL.

Fakta kami berasas. Berdasarkan pemerhatian, penelitian dan keluhan ramai ahli FC, kami tidak ingin populariti artis AF5 ini yg baru hendak meningkat naik jatuh merundum dan peminat yg selama ini meminatinya lari disebabkan oleh anak saudara beliau sendiri.

Bagi ahli-ahli FC yang sering mengujungi eTalk mungkin sedia maklum betapa bongkak dan angkuhnya cara A berchatting. A yg sering kita lihat di kaca TV sewaktu konsert AF bukan lagi A yg dulu. Kenapa harus menjadi bongkak dan sombong, lupa diri dan gila glamour.

Siapa artis sebenarnya sekarang ini, artis AF5 itu atau A? Tujuan eTalk diwujudkan adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan ahli FC dan sebagai tempat untuk mendapatkan infomasi tentang perkembangan terkini artis AF5 ini bukannya untuk mewujudkan puak, menunjuk kuasa, riak, angkuh dan sombong.

eTalk sudah hilang serinya disebabkan sikap MOD yang begitu angkuh dan telah terkeluar dari tujuan asalnya sekaligus menjadi medan pergaduhan. Apa sangat lah pangkat sebagai Admin & MOD tu dalam eTalk kalau nak dibandingan dgn kesetiaan dan sokongan peminat kepada artis AF5 ini.

"Dia call nak pinjam baju melayu saya untuk shooting" , "Dia pinjam baju housemate kat rumah tanpa pengetahuan" , "Baju pinjam keluar majalah patut bagi royalti" , "Nenek nak sponsor tiket balik kampung tapi malas nak balik" , "Ada orang nak bagi hadiah harijadi N95" , "Aku dapat kerja kat oversea, so nanti pandai-pandai la dia tinggal dengan budak-budak AF yg lain" ...inilah sebahagian daripada statement A dalam eTalk.

Kenapa A harus bagitahu semua perkara itu, adakah untuk mengaibkan artis AF5 ini dan menunjuk-nunjuk? Kasihan kepada artis AF5 ini yg tidak mengetahui apa yg berlaku di belakang beliau. Anak saudara yang manis di depan rupanya cuba untuk memburuk--burukkan dirinya.

Mustahillah artis AF5 ini tak cukup baju kerana kami tahu yg beliau banyak dihadiahkan baju oleh peminat-peminatnya malah ada banyak lagi yg belum dipakai. Malahan beliau juga sekarang ini lebih daripada mampu untuk membeli sendiri.

eTalk yang betujuan untuk mengumpul peminat artis AF5 ini kini menjadi tempat A mengumpul peminat sendiri. A dan beberapa orang kroni nya yang kononnya sering kelihatan di mana-mana aktiviti yang dianjurkan sebenarnya tidak pernah mengambil tahu tentang hal-hal kebajikan ibu bapa artis AF5 tersebut di kampung, perkembangan FC di Sabah/ S'wak/Brunei dan tidak langsung akrab dengan ahli FC KL yang lain kerana sibuk nak menonjolkan diri (nak tumpang populariti ker?) MOD / Admin FC dengan ahli FC sengaja diwujudkan jurang, untuk apa?

Majlis berbuka puasa diadakan di Kelab Darul Ehsan mencecah RM125 untuk VIP, RM75 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak.

Rasanya majlis berbuka FC lain seperti Mawi umpamanya pun takder lah semahal itu. Mungkin mereka akan gunakan untuk dijadikan "goodie" yang akan diberikan kepada peminat-peminat yg hadir tetapi perbezaannya terlalu jauh dan ketara.

Kalau untuk artis AF5 tersebut mungkin peminat tak kesah, tetapi kalau harga sudah ditetapkan siap untuk cover 'kroni' mereka, adakah ini telus namanya?

Apa yg cuba kami luahkan di sini bukanlah berniat untuk menjatuhkan mahupun menganiaya sesiapa, niat kami cuma utk memberi sedikit kesedaran kepada A agar buka mata dan berpijaklah di bumi nyata agar tidak hanyut dan lupa diri kerana dia bukan lah selebriti.

Adakah A dijangkiti sindrom kejutan budaya sedangkan artis AF5 ini sendiri pun tetap maintain dengan dunia baru penuh glamournya. Inilah akibatnya apabila EGO menguasai diri dan nafsu menguasai minda.

Jangan kerana sikap A yg sebegitu, dikuatiri peminat-peminat setia artis AF5 ini akan berpaling tadah dan lari kerana bosan dgn kesombongan & kebongkakkannya.

Namun begitu kami akan tetap menyokong artis AF5 ini daripada belakang dan berharap beliau bijak menafsir yang mana kaca yang mana permata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2007 10:21 AM | Show all posts
Aku amek kat mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:36 AM | Show all posts

Ebi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:38 AM | Show all posts
siannya ebi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:38 AM | Show all posts
kuang..kuang..kuang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:42 AM | Show all posts
kesiannya Ebi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 10:50 AM | Show all posts
panas nih....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:53 AM | Show all posts
ni surat dari pembaca/visitor kan??

mcm tahu je sapa yg tulis.....
apa yg aku boleh simpulkan banyak yg di perkatakan dlm email itu hanyalah assumptions dan banyak kesalahan fakta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 10:55 AM | Show all posts
sina Ebi..susah klu org nk tumpang glemer nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:56 AM | Show all posts
aiyoooo....diret nya gossip....panas membara
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:59 AM | Show all posts
senah dh masuk.....huhuuhuhu......vini no2 sedia menangkis segala asumption buruk itu....

sian EBi & A....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:59 AM | Show all posts
ebi ku abadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 11:00 AM | Show all posts
'A' tu rajin gak masuk sini kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:01 AM | Show all posts
eh..femes la groupies..siap masuk paper lagi...




tringat ade komen orang tu..."asyik2 muke yg same"...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #11 britney_sapiah's post

sheols mmg layak jadi vini nomo 2..
go nyah zana korn:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:11 AM | Show all posts
ramainya peguam bela masuk.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 11:13 AM | Show all posts
ini luahan hati visitor,,,bukan reporter yg tulis....huhuhu

aku bukan nak sided kat mana2 pihak, tapi iols kenal si A dan kenal sapa yg tulis that luahan rasa
banyak buruk sangka dlm tulisan itu...aku rasa dlm 98% perkara tertulis dlm tuh adalah buruk sangka
si A dpt N95 masa bday???huhuhu..adakah penulis sangka ebi yg bagi??
kesahnye abe rob pun tak pakai N95 ...takkan nak bagi kat org lain pulak
muka sama maca aktiviti ebi??
dah muka2 lain enggan turut serta walaupun di pujuk..bukan nye muka2 lain di halang utk dtg
bayaran buka pose utk cover kroni?? itu adalah fitnah sbb semua org kena bayar utk hadir regardless mereka kroni or not, except for invited guests
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:13 AM | Show all posts

Reply #14 darthVader's post

kan??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by darthVader at 27-9-2007 11:01 AM
eh..femes la groupies..siap masuk paper lagi...




tringat ade komen orang tu..."asyik2 muke yg same"...


kan??
dah muka2 sama ni lah yg rajin pegi aktiviti...bukan nye groupies dpt bayaran pun..
bukan nye groupies tak ajak yg lain dtg...
selalu war2 kan dan pujuk rayu utk turut serta..tapi most of the time mereka tak nak turut serta..
so nak wat cam mana?? takkan nak point pistol suruh ikut sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by darthVader at 27-9-2007 11:01 AM eh..femes la groupies..siap masuk paper lagi... tringat ade komen orang tu..."asyik2 muke yg same"...
kan??dah muka2 sama ni lah yg rajin pegi aktiviti...bukan nye groupies dpt bayaran pun..bukan nye groupies tak ajak yg lain dtg...selalu war2 kan dan pujuk rayu utk turut serta..tapi most of the time mereka tak nak turut serta..so nak wat cam mana?? takkan nak point pistol suruh ikut sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074000 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list