View: 3879|Reply: 1
|
Trek Global (Astro Oasis, 7pm)
[Copy link]
|
|
Fiti, Yasin hos Trek Global
ASTRO Oasis saluran baru milik Astro memperkenalkan sebuah program baru Trek Global. Trek Global bakal menemui penonton di Malaysia dan Brunei mulai 13 September setiap hari jam 7 petang sepanjang bulan Ramadan.
Rancangan yang memaparkan kehidupan masyarakat Islam dan sejarah ketamadunan ini akan menjadi tontonan umat Islam ketika berbuka puasa. Selain menyusuri garis sejarah di negara Timur Tengah, Trek Global juga akan memaparkan kehidupan masyarakat Islam di negara bukan Islam.
Rancangan yang bercirikan pengembaraan dan travelogue ini dihoskan penyanyi Yasin Sulaiman, juara pertandingan Olay Aspirasiku, Norhafiza Saharuddin atau Fifi dan pengacara baru kelahiran FM Production, Tuty Normalina Manaf.
Selama 30 minit, penonton akan dibawa mengembara bersama hosnya ke tempat bersejarah yang memberi makna besar kepada tamadun Islam. Selain melihat peninggalan empayar Rom, Byzantine dan Ummayad di Syria, penonton dapat merasai pengembaraan Trek Global ke Istanbul, Turki dengan kisah menarik di sebalik pembinaan Masjid Biru dan Hagia Sophia.
Penonton juga berpeluang menyaksikan kehidupan orang Islam di sempadan Palestin yang mengalami tempias daripada krisis di Semenanjung Gaza. Laporan ini menjadikan Trek Global program pengembaraan lain dari program pengembaraan sedia ada.
Selain keindahan dan kemegahan tinggalan empayar dan tamadun Islam, Trek Global turut menyusuri kota besar di Eropah bagi membawa liputan kehidupan masyarakat Islam di sana. Turut dipaparkan penjelajahan di kota Manchester, penonton berpeluang melihat aktiviti komuniti Islam seperti di Yayasan Belia Islam Manchester.
Team Trek Global juga sempat singgah di Paris bagi menyaksikan keindahan Eiffel Tower dan seterusnya melawat Masjid Besar Paris. Selain itu, semangat ukhwah sesama saudara Islam di Munich, Frankfrut dan Amsterdam turut dipaparkan.
Selain Timur Tengah dan Eropah, Trek Global turut memaparkan dua episod khas dari Afrika Selatan dan Bosnia Herzagovina. Ikuti kisah diaspora Melayu di Cape Town, Afrika Selatan dan juga salam ukhwah dari Bosnia Herzegovina pasca perang.
Astro Oasis akan memulakan siaran melalui segmen khas di saluran lapan Astro Prima mulai 13 September dan siaran sepenuhnya akan menemui penonton pada 13 Oktober. Mawi dan Heliza adalah antara wajah Astro Oasis. |
|
|
|
|
|
|
|
Astro Oasis hidang Trek Global sempena Ramadan
Oleh Rozdan Mazalan
SEPANJANG Ramadan ini, stesen berbayar Astro melalui saluran terbarunya Astro Oasis akan menyiarkan program khas untuk dihayati umat Islam berjudul Trek Global.
RANCANGAN ini adalah satu daripada program tema Astro Oasis dengan gaya hidup famili yang menyiarkan program berkonsepkan ilmiah, maklumat, drama, dokumentari dan hiburan yang bersesuaian untuk memberi nilai murni selari dengan transformasi pembangunan global.
Program Trek Global bakal disiarkan esok iaitu pada hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadan yang akan disiarkan di saluran Prima sebagai saluran percubaan sebelum mempunyai salurannya sendiri.
Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata Astro Oasis akan disiarkan setiap hari bermula jam 7 petang memaparkan kehidupan masyarakat Islam dan sejarah tamadun yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga sambil menantikan waktu berbuka puasa.
揝elain itu, program ini akan menyusur garis sejarah di negara Timur Tengah yang juga memaparkan kehidupan masyarakat Islam di negara bukan Islam. Rancangan ini berkonsepkan pengembaraan atau travelogue yang akan dihoskan oleh penyanyi, Yasin Sulaiman, pengacara, Fifi dan Tuty.
揝elama 30 minit, penonton akan dibawa mengembara bersama hosnya ke tempat bersejarah yang signifikasi besar dalam tamadun Islam. Selain melihat peninggalan empayar Rom, Byzantine dan Ummayad di Syria. Penonton juga akan merasa pengembaraan Trek Global ke Istanbul, Turki dengan kisah menarik di sebalik pembinaan Masjid Biru dan juga Hagia Sophis.
揥artawan Trek Global juga tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri kehidupan orang Islam di sempadan Palestin yang mengalami tempias daripada krisis di Semenanjung Gaza. Laporan ini menjadikan Trek Global sebagai program pengembaraan lain dari program pengembaraan sedia ada.
揂pa yang pastinya, program ini tidak menyamai dengan program jelajah yang pernah disiarkan sebelum ini dan kami juga menerokai tempat yang masih belum pernah diterokai oleh mana-mana krew penggambaran lain.
揂stro Oasis juga akan menyiarkan beberapa program seperti Ziarah, Cinta Madinah, Tadarus al-Quran dan siaran langsung Solat Tarawih dari Mekah, |
|
|
|
|
|
|
| |
|