CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3601|Reply: 3

GITU-GITU APEK [SETIAP RABU, 9.30 MLM, ASTRO RIA]

[Copy link]
Post time 3-8-2007 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Gitu Gitu Apek kembali lagi
03-08-2007 01:31:23 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
BAGI mereka yang tidak pernah ketinggalan mengikuti program Gitu Gitu Apek (GGA) yang bersiaran sejak April tahun lalu, pastikan anda tidak terlepas menonton musim ke dua program tersebut  yang masih diterajui oleh pelawak nombor satu negara, Saiful Apek.

Bakal memulakan siarannya mulai 22 Ogos depan, GGA musim kedua masih mengekalkan konsep yang sama dan kali ini Apek sekali lagi ditemani oleh dua rakannya, Yassin dan Kuman.

"Bagi saya, trio ini adalah satu formula yang menjadi untuk program ini. Lagipun, Gitu Gitu Apek sudah sinonim dengan kami bertiga sejak tahun 2001 lagi, memandangkan kami bernaung di bawah syarikat yang sama, Gitu Gitu Productions.

"Mungkin orang akan melihat trio ini ingin bersaing dengan Senario yang kini juga tinggal bertiga. Sebenarnya, ini adalah satu persaingan yang sihat.


Trio GGA...(Dari kiri) Kuman, Yasin dan Apek (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

"Banyak perkara lagi yang perlu kami explore," kata Apek ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Di dalam GGA musim baru yang menampilkan 26 episod ini, Apek akan melakonkan pelbagai watak yang berkaitan dengan kehidupan seharian mengikut perspektif berbeza yang jarang disedari oleh orang ramai.

Di antara segmen-segmen yang bakal dipaparkan ialah Perah Otak, Atuk Otai / Apa Kes?, Pesanan Sifu Apek / Peringatan Supaya Awas (PSA) dan Pim Mai Pim Mai.

"Keseluruhan konsep tetap sama, cuma kita ada juga segmen baru seperti PSA. Ia merupakan segmen yang tampilkan tips-tips atau mesej-mesej tertentu yang kita lakukan di dalam bentuk humor dan sinis.

"Seperti segmen Atuk Otai, kita banyak ketengahkan perkara-perkara yang orang-orang lama pernah buat sebelum ini. Lawak yang kami tampilkan adalah bersahaja di mana generasi mudah terutamanya boleh relate," ujar Apek.

Bercerita lanjut tentang GGA musim kedua ini, kata Apek, tiada unsur yang dianggap 'lawak bodoh' ditampilkan memandangkan ia adalah satu bentuk hiburan yang ringkas.

Pelawak dan pelakon popular ini juga yakin, 'lawak'nya masih boleh diterima ramai asalkan tiada unsur negatif diselitkan.

"Kadang-kadang bila orang sudah expect lawak itu, ia sudah hilang magisnya. Sebab itu kita tidak boleh bawa lawak yang sama setiap masa, kena lihat 'trend' juga.


Apek yakin 'lawak'nya masih boleh diterima ramai asalkan tiada unsur negatif diselitkan (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

"Apa yang penting, saya akan cuba elakkan 'trademark' lawak yang menjurus ke arah negatif. Malah jika dilihat dalam GGA pun, kita tidak masukkan perkara yang menyentuh sentimen perkauman dan sebagainya. Kalau boleh, kita mahu ia universal," kata Apek.

Ketika ini, GGA masih lagi di dalam proses penggambaran dan baru saja menyiapkan 13 episodnya.

Masih lagi bersiaran selama setengah jam, antara tetamu undangan pada program musim ini ialah Yasmin Hani, Amy Mastura, Raja Azura, Dekna, Aizad dan Imuda.

Dalam perkembangan lain, jelas Apek, buat masa ini dia masih menantikan tayangan tiga buah filemnya iaitu Otai, Nana Tanjung 2 dan Duyung.

Apek yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular 2003 ini juga akan memulakan penggambaran untuk siri terbaru Agen 016 tidak lama lagi dan juga untuk filem Cicakman 2 dijangka pada penghujung tahun ini.

Apek juga di dalam proses untuk menghasilkan album yang dilabelkannya sebagai sebuah album yang "serius".

"Lagu-lagu masih di dalam pemilihan dan antara komposer yang telah menyumbangkan lagu adalah Julfekar dan Azmeer. Saya juga akan nyanyikan beberapa buah lagu artis lain yang orang jarang dengar seperti Kepala Angin, oleh Search.

"Sebenarnya, saya teringin 'lamar' Siti untuk berduet dengan saya. Saya sudah bercakap dengan Siti dan kami masih dalam perbincangan lagi.

"Saya sepatutnya berduet dengan Ella juga di dalam album terbarunya, tetapi disebabkan ketika itu saya berada di Indonesia, jadi ia tidak dapat dilakukan," ujar Apek yang akan menampilkan konsep pop rock untuk albumnya itu.

GGA akan disiarkan setiap Rabu selama setengah jam bermula pada pukul 9.30 malam



[ Last edited by  jac_diehard_fan at 4-8-2007 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2007 11:50 AM | Show all posts
Apek lebih selesa bertiga
Oleh Nor Fadzilah Baharudin



APEK diapit Bob KU2 (kiri) dan Yasin (kanan).
--------------------------------------------------------------------------------

BIARPUN sudah popular dan mampu bergerak sendirian tetapi pelawak nombor satu negara, Saiful Apek lebih senang bergerak secara berkumpulan.

Bukan tidak yakin berlawak bersendirian atau mahu meniru kumpulan pelawak yang sedia ada seperti Senario, tetapi Apek mempunyai sebab lain mengapa dia kini lebih senang bergerak bersama dua teman baiknya iaitu Yasin dan Bob KU2.

揢ntuk menghasilkan sebuah komedi yang berkesan, formula paling baik ialah berkumpulan. Lantas saya senang bergerak bersama-sama mereka berdua. Tambahan pula mereka ini merupakan rakan kongsi dalam syarikat saya Gitu-Gitu Production. Kami dah bersama sejak tahun 2001 malah kami dah macam adik beradik,
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:17 AM | Show all posts
lawak bodoh bermaksud membuat lawak
yang membodohkan diri sendiri
ataupun membodohkan penonton
itu lebih tepat
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 03:21 AM | Show all posts

Reply #3 shidan76's post

ko tu nk serius jek
patut le sengal

aku ske lawak2 ni
even biase2, tp hiburkn ati aku ..

n DAH NAME LAWAK, takkan nak berlawak ilmu ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052608 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list