CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 16

Parut Salima kian pulih(hmetro 6/10)

[Copy link]
Post time 6-10-2006 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Nor Akmar Samudin

AKIBAT ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Temerloh, Pahang, pada 4 September lalu, meninggalkan kesan parut yang agak besar pada wajah bekas pelajar Akademi Fantasia Empat (AF4), Nur Salima Habibi (Salima), 18.

Mengimbas kembali tragedi itu, menurut gadis yang tampil dengan imej bertudung itu, ketika kejadian dia tertidur dan tidak sedar apa yang berlaku.

"Sebaik tersedar saya sudah berada di wad Hospital Temerloh. Selepas itu baru saya diberitahu mengenai kemalangan itu di mana kepala saya terhantuk pada papan pemuka (dashbord) kereta".

"Bagaimanapun, saya sangat bernasib baik selepas doktor membuat pemeriksaan tiada kecederaan dalaman. Namun muka bengkak teruk sehingga hidung saya nampak sekata dengan wajah saya".

"Mata sebelah kiri juga bengkak membuatkan mata saya seperti tertutup. Sebaik saja melihat wajah di cermin, saya tidak terkejut. Lagipun doktor beritahu kesan bengkak itu akan hilang."

"Pun begitu paling ketara parut pada hidung saya. Doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk membetulkan kedudukan hidung yang tercedera sedikit," katanya yang ditemui selepas selesai membuat persembahan Seroja - A Ramadan Musical di Hotel Palace Of A Golden Horses, baru-baru ini.

Salima berkata, dia ditahan di wad itu sehari saja. Sebaik saja menjalani pembedahan dia meneruskan perjalanannya ke Kuala Lumpur kerana ada rakaman program raya, Raya Mai Lagi.

Tambahnya, wajahnya kini semakin pulih. Bagaimanapun, masih jelas kelihatan parut panjang pada hidungnya.

""Selepas mendapatkan nasihat doktor, katanya dalam enam bulan lagi, wajah saya akan pulih sepenuhnya".

"Apabila perkara seperti ini terjadi, membuatkan saya terfikir kembali perbuatan lalu. Saya bersyukur Allah masih menyayangi dan memberi peluang kepada saya untuk membetulkan kekhilafan diri," katanya.

Pada malam persembahan Seroja- A Ramadan Musical itu, Salima menyanyikan dua lagi, Hikmah dan Sayangi Daku dengan penuh penghayatan.

"Kedua-dua lagu itu bagaikan terkena pada diri saya sendiri. Semoga kesilapan sama tidak berulang. Apa pun, setiap yang terjadi itu memberi makna besar kepada saya," katanya.

(yg pastinye salima xwt plastic surgery n  bkn kua ngn bf waktu eksiden tu)>SISzINTAN

[ Last edited by  SISzINTAN at 6-10-2006 10:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 10:09 PM | Show all posts


apa menda yg salima dah buat sampai rasa lagu yg di nyanyikan tu 'terkena' diri sendiri?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 10:14 PM | Show all posts

Reply #2 PengKid's post

cam insaf la kirenye..adela tu...kid ne dapat keratan paper tu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 03:23 AM | Show all posts
tak de ke gambar dia lepas xcident?? tapi sian lak tengOk dia kan.. tak ley bayang camne rupa dia lepas xcident bila dia cakap hidung dia dah sekata ngan muka dia.. erkkk camne tu??~
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 08:31 AM | Show all posts
kalo ade lirik lagu tu lagi bagus...
dapat paham sikit2 kut apa maksud salima tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2006 10:36 AM | Show all posts
ni khas tok crayzee..ost sinetron hikmah..lagu ni mmg best giler r...intan just pastekan..kalo nk mp3 ni p amek kt bod hikmah

Netta KD & Danil - Hikmah

Subhanallah.. Walhamdulillah..
Astagfirullah.. Wallahhuakhbar..
Subhanallah.. Walhamdulillah..
Astaghfirullah..Hasbiyallah..

Di tebing kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa

(Tuhanku)
Hanya pada-Mu tempat ku mengadu
Pahit yang ingin menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia-sia
Semuakan ada hikmahnya

Alam yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyian hati
Ku hanya orang yang kalah
Satukan hatiku yang terbelah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2006 12:28 PM | Show all posts
thanks intan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by emOtsuXX at 7-10-2006 03:23 AM
tak de ke gambar dia lepas xcident?? tapi sian lak tengOk dia kan.. tak ley bayang camne rupa dia lepas xcident bila dia cakap hidung dia dah sekata ngan muka dia.. erkkk camne tu??~

[align=justify]Mula2 memang rasa mcm kesian sgt... tp inilah rupa Salima sekarang..



So.. takdalah teruk sgt pun.. parut sikit kat hidung tu biasalah..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 02:48 PM | Show all posts

Reply #8 freekey's post

lOrrr.. ni gambar dia lepas xcident kewr?? akekekeke.. hrmmm tak jadi nak kesian akekeke.. cittt.. tapi ley dijadikan pengajaran laaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 05:22 PM | Show all posts
idong die da ok coz wt pembedahan...cume de parut je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by SISzINTAN at 7-10-2006 10:36 AM
ni khas tok crayzee..ost sinetron hikmah..lagu ni mmg best giler r...intan just pastekan..kalo nk mp3 ni p amek kt bod hikmah

Netta KD & Danil - Hikmah

Subhanallah.. Walhamdulillah..
Ast ...


oOOOOOOooo lagu ni ker? best ker dia nyanyi? lagu ni kan ada part lelaki, dia borong semua ker? memang minat lagu ni. Wartawan x eleborate ker mcm mana bestnya persembahan Salima?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 8-10-2006 05:40 PM


oOOOOOOooo lagu ni ker? best ker dia nyanyi? lagu ni kan ada part lelaki, dia borong semua ker? memang minat lagu ni. Wartawan x eleborate ker mcm mana bestnya persembahan Salima?

intan xtau lak die nyanyi best ke x..die nyanyi last day seroja muzikal tu..die nyanyi ngn mawi lagu ni esok...so xtau lg die nyanyi cam ne r..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 11:53 PM | Show all posts

Reply #12 SISzINTAN's post

ruginya, kalau ada tayang kat tv best gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 8-10-2006 11:53 PM
ruginya, kalau ada tayang kat tv best gak

adela conan tp xtau bile...penyiar rasmi astro ria...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:28 AM | Show all posts
alah taruk foundation tebal tebal, takler nampak sangat.....intan ko cadangkan dia pakai mederma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by myasha at 9-10-2006 09:28 AM
alah taruk foundation tebal tebal, takler nampak sangat.....intan ko cadangkan dia pakai mederma
nk tny...mederma tu mende???xpenah dgr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


firdee This user has been deleted
Post time 13-10-2006 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 6-10-2006 10:09 PM


apa menda yg salima dah buat sampai rasa lagu yg di nyanyikan tu 'terkena' diri sendiri?


ade la tu...mungkin kesilapan masa lalu...so...bila dah diberi peluang oleh Allah utk dia terus hidup...dia kenalah guna peluang tu sebaik-baiknya...dengan tidak mengulang kesilapan yg lalu...hidup ni singkat je...bebile je Allah leh tarik nyawa kita...kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080398 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list